Tuesday, November 2, 2010

November oh November

1.11.2010-Isnin
Taklimat Pengetua
Seperti biasa pada hari Isnin pukul 1.00
kami akan berkumpul di bilik Q.
Mendengar taklimat pengetua .
Hari ini agak lama kerana ada curahan hati berlaku.

Post Mortem Percubaan SPM
Selepas taklimat pengetua
sambung pula dengan post mortem Percubaan SPM
Alhamdullilah kebanyakan mata pelajaran meningkat
Doa kami moga keputusan yang lebih cemerlang
akan diperoleh pada keputusan SPM yang sebenar.
3.11.2010-Rabu

Bacaan Yasin & Solat Hajat

Majlis ini diadakan untuk pelajar-pelajar

Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM

20 hari lagi....

Majlis ini diadakan di Masjid Al-Ansar pada pukul 800 pagi.

Sebelum itu Ustaz Sulaiman menyampaikan

sedikit pengisian...

begitu berkesan dan tersentuh.


Majlis Izin Ilmu
Sekembali dari masjid
kami berehat seketika dan meneruskan Majlis Izin Ilmu
Acara ini acara tahunan
cuma bezanya tahun ini anak sendiri
salah seorang daripadanya.

Pogram Anakku Cemerlang

Kali pertama diadakan pada waktu malam
dan di Dataran Ilmu
Hal ini kerana sambutan yang mengalakkan
Dewan tidak mampu menampung
bilangan hadirin...
Alhamdulillah...syukur...


4.11.2010-Khamis
Mesyuarat Agung koperasi

Sebenarnya sehari sebelum dah tanya pengetua
sama ada pengetua ada di sekolah atau tidak
untuk mempengerusikan Mesyuarat Agung koperasi.

Pengetua kata beliau hanya akan keluar pada petangnya.
Aku lega...tapi tiba-tiba
pada pagi ini
pengetua memaklumkan
beliau ada mesyuarat di PPD.

Husss...

Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar

amin...


5.11.2010-Jumaat
Deepavali
Hari Deepavali adalah cuti umum
tetapi bukan bagi kebanyakan ibu.
Hari nilah peluang nak menyapu lebih sikit
nak membasuh...
Tapi..Ya Allah mesin basuh buat hal pulak
tak boleh nak perah dan keringkan
aduh..duh..duh
Lepas mengemas seadanya
mama ajak Izzat temankan
ke JJ...beli barang dapur.Seperti biasa,
ditutup dengan makan.
Lepas tu hantar dan ambil Izzat
Solat Jumaat.

Ambil Inn pulak...hantar ke tempat kerja.
dari Celcom terus ke Taman Melawati.
Huss lega...hajat tercapai.

7.11.2010-9.11.2010
Konvensyen Hala tuju Koperasi Sekolah 2010
Bersama Nor Azah ke Hotel Seasons mewakili pengetua.
Walaupun kurang selesa kerana sakit kepala
tetapi rasa beruntung kerana banyak imput yang diperoleh
Selepas hantar Azah balik dari Hotel Grand Season
mama bergegas ke Putrajaya kerana
Puan Siti Haida mesej minta ke sana....

14.11.2010- Ahad
Jamuan Pengawas

Tema:Hitam Putih


17.11.2010
Hari Raya Haji



23.11.2010
Perjuangan Bermula

29.11.2010-2.12.2010
Perintah Berkurung

2.12.2010-6.12.2010
Mesyuarat

No comments: