Friday, November 19, 2010

Darah Daging


Tok Bat hanya dua beradik iaitu ada seorang abang
tapi...telah lama menemuiNya
Alhamdulillah walaupun mempunyai hanya seorang abang
tapi Tok Bat mempunyai 11 orang anak saudara yang menjadi 22 orang
dan berganda lagi dengan penambahan zuriat

Jom mama perkenalkan anak buah Tok Bat
iaitu sepupu mama dan keluaga mereka

Mek Rokiah(Kak Yah)
Tinggal di Gong Kepas
Mempunyai 4 puteri dan seorang putera
Sudah bercucu...


Kalsom(Kak Som)
Tinggal di Pengkalan Nyireh
Hanya ada sepasang anak
Juga sudah bercucu

Maimunah(Kak Nab)
Tinggal di Gong Medam
Tidak mempunyai anak
tetapi menbela anak buah

Samsudin(Din)
Tinggal di Kampung Raja
Mempunyai 3 puteri dan seorang putera



Sabariah(Saba)
Mempunyai 2 orang puteri dan seorang putera
Dia sebaya mama-teman sepermainan tetapi telah bercucu
Suaminya meninggal ketika usia masih muda.

Salmunafiki(Jenal)
Mempunyai 3 orang puteri dan 3 orang putera
Isterinya(Ju) telah pergi menemuiNya
Kini dia berkahwin semula

2 orang puterinya telah selamat diijab kabul.
Arwah Azaharikifli(Aza)
Arwah telah pergi ketika usia masih muda
Balu dan anak-anaknya kini tinggal di Kuantan.

Abdul Rahman(Seman)
Sudah lama mama tidak berjumpa dengan Seman
Dia merantau dan berkahwin semula di perantauan

Jaff Anuar(Nuar)
Juga tinggal di Besut
Mempunyai putera dan puteri


Ramlah(Lah)
Lah tinggal di Alor Lintang
Mempunyai 6 puteri dan seorang putera


Zakaria(Ya)
Membuat rumah di Kuala Terengganu
tetapi perniagaan ada di Besut


Kenalilah mereka
Mereka adalah saudara kita,darah daging kita
walaupun jarang-jarang dapat berjumpa
tetapi moga hubungan tetap kemas tersimpul.

4 comments:

kaktus said...

wau...ambil kat mana gambar2 ni?

Unknown said...

selongkar...mereka semua ada fb...

pah said...

Hm... bagus lah kakma.... baru tahu nama sebenar sepupu. Sebelum ni tahu nama panggilan je....hehehe...malu....

Unknown said...

itulah...anak2 mereka ada yg tak ingat nama...huhuhu