Hari ini ada 2 jemputan, rumah Ayah Cik dan Kie. Tengah hari mama dan anak-anak ke rumah Ayah Cik. Petangnya setelah ambil Inn dari tempat kerja terus ke rumah Kie dan Ja. Abah tak ada,ke Gua Musang dan balik kampung kerana ada majlis di pejabat Kota Baharu
Sabtu 9.10.2010 - Ahad 10.10.2010
Hari Keluarga tahun ini diadakan di Pengkalan Balak,Melaka. Mama memandu ke sana bersama 3 orang teman . Seronok bersama ibu-ibu yang ceria.
Sabtu 16.10.2010
Mama hampir terlupa majlis ini iaitu Jamuan PRS dan SLAD. Mama sibuk mengemas ketika Cikgu Jefri telefon. Nasib baik rumah dekat,bergegas mama ke sana mewakili teman-teman lain yang tidak boleh hadir. Hari ini mama terpaksa berucap mewakili pentadbir.
Ahad 17.10.2010
Apa yang mama buat hari ni? Lupaaaa....
Sabtu 23.10.2010
Hi-Tea
Jamuan Akhir Tahun dibuat di Hotel De Palma
Ahad 24.10.2010
Pukul 9.00 pagi mama dan abah bertolak dari rumah ke Indera Mahkota,Pahang. Kami menghadiri majlis perkahwinan staf tempat abah bekerja, teman Hafiz & Alzalia. 2 beradik berkahwin serentak.
Sabtu 30.10.2010
Pukul 11 bertolak ke rumah Kak Ani. Mulanya hendak tumpang Soleha tetapi memikirkan satu lagi majlis yang perlu dihadiri kami pergi 2 buah kereta.
Majlis cukur jambul Aleesya Sofea diadakan sejak jam 9 pagi.
Mama terpaksa minta diri lebih awal kerana akan bersama abah ke Dewan Angkasaraya,TUDM. Majlis perkahwinan anak saudara auntie.
Ahad 31.10.2010
Jamuan Koperasi SMART diadakan di Hotel Putera. Pengetua dan PK tidak dapat hadir. Terpaksa mewakili pengetua .
Oktober berakhir sudah. Adakah November begitu juga? Yang pasti November sibuk dengan pelbagai perancangan. Dan 2 minggu untuk sesi berkurung. Huhuhuhu....reda...
di SMKTK pengetuanya ialah Pn.Hajah Saripah Paidi.
Beliau yang menukar SMKTK kepada SMART.
Beliau juga amat menekankan bekerja menepati masa
Ketika ini mama Ketua Panitia Sejarah.
Tualang merbau hiasan hutan
Diapitjuga jati seraya
Datang puan kami alukan
Menyambung visi ke puncak jaya
PnHajahSharifahRohanibtSyed Ibrahim
Feb 1995-Mac 2003
Pada tahun 1995 Pn.Hajah Sharifah Rohani
pula menjadi ketua mama.
Beliau banyak mengajar mama tentang protokol
dan mengamalkan kemahiran generik.
Ketika ini mama menjadi Guru Kaunseling.
Puan Sharifah pulang ke Kuantan selepas bersara.
Memancar mutiara di dalam tiram
Mutiara matangjatuh berderai
segunung kasih kami titipkan
Sebagai tanda puan dirai
Pn.Hajah LatifahbtMohd Isa
Mac 2003 – Dis 2006
Semasa Puan Hajah Latifah datang
mama Ketua Panitia Bahasa Melayu.
Beliau banyak mendorong mama untuk lebih berani dan yakin.
Semasa beliau ,SMART mendapat Johan Sekolah Harapan Negara.
Beliau mohon pindah ke sekolah yang lebih hampir dengan rumahnya
yang terletak di Saujana Impian,Kajang.
Kembang bebunga idaman ratu
Di pinggir hutan jadi hiasan
Puan laksana pusaka bermutu
Cemerlang usaha capai wawasan
Pn.Hajah Rihan bt. Mohd Salleh
Januari2007 hingga 3 Mac 2009
Puan Hajah Rihan berwatak keibuan,
lembut orangnya.
Semasa ini mama menjadi GKMP Bahasa
dan Penolong Kanan Kokurikulum.
Beliau berpindah ke SMK Hulu Kelang.
Tepi bukit tanam selasih,
Singgah mari burung sekawan,
Niat hati menumpang kasih,
Apakan daya ditinggal puan.
Pn.Hajah Normah bt.Omar 4 Mac 2009 hingga kini....
Puan Hajah Normah ialah Pengetua Cemerlang. Bersemangat dan bercita-cita tinggi. Beliau sebelum ini pengetua di SMK Hulu Kelang.
Peranan mereka sebagai pengetua begitu besar. Banyak sumbangan yang mereka taburkan kepada warga SMART dan kepada mama khasnya. Masing-masing banyak mengajar mama menjalani kerjaya mama dengan reda. Mama harap mama dapat menghabiskan sisa-sisa perkhidmatan mama dengan tenang dan berkerja dalam keseronokan.
Mekarbebunga suntingan rerama
Rerama hinggap di hujung dahan
Pengorbanan utuh kita bersama
Demi gemilang si anak watan
Jadi pantun lama ini mama rasa sesuai untuk mereka.
pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga