Tuesday, August 21, 2012

menjelang syawal

Percaya tak?
Tahun ni mama kemas rumah untuk sambut rayaaaa
kata Izzat meriah gitu...

maklumlah ...selama ni mama tak kisah sangat
kerana biasanya beberapa hari sebelum raya
mama masih bekerja 
dan bila cuti terus balik kampung.


Balik dari kampung...kerja pulak
tak sempat nak raya-raya
kalau ada pun yang datang beraya
hadapilah seadanya
seperti hari-hari biasa


Tahun ni berbeza sikit
Langsir ditukar 2 hari sebelum raya
dibantu oleh adik dan kak Inn
rasa macam kat rumah tok mi


Angah pulak beritahu Kak Alzalia nak buat kek lapis
walaupun dalam pantang.
mama kata ok...
kesian ...mungkin dia pun nak rasa suasana hari raya


sehari sebelum raya...
mama dah sibuk di dapur...
abah juga sejak pagi dah pergi pasar


Sebelum ahli yang lain bangun
mama buat apa yang patut dulu
antaranya buat kuah nasi dagang.


Lepas tu buat rendang pulak...
yang ditempah oleh along


along banyak juga membantu pagi tu..
mengupas bawang dan memotong


malah along juga membersihkan ayam
ooo boleh pun...
barulah rasa suasana raya



Setelah Inn bangun...
dia pula membantu
memeriahkan lagi
ruang dapur yang kecil


ikan untuk buat sambal...
nak makan dengan pulut
macam kat Besut

barisan agar-agar...
yang nak dibuat puding.


Malam raya anak-anak jejaka
mula membakar sate...
untuk makan sambil membakar
dan untuk esok.



Acara ni mama tak masuk campur
hanya sesekali menjenguk mereka
sekadar memberi sokongan moral


Juadah 1 Syawal

Tahun  ni mama dan keluarga
tak balik kampung untuk berhari raya
kerana Alzalia dalam pantang.
belum sebulan.

Jadi...kami mengambil keputusan
beraya di KL
bersama-sama keluarga kecil
sobsobsob...


Jadi...
mama pun masaklah
ala-ala beraya di rumah Tok Mi
mama masak nasi dagang
2 lauk - ikan dan ayam


Lauk ayam lebih diminati oleh anak-anak
Mama dan abah je makan lauk ikan.
Acar juga dibuat
untuk hilangkan muak


Untuk meriahkan malam raya
seperti di kampung
kami tempah sate...
agar dapat bakar-bakar
seronok-seronok


Mulanya along cadangkan  mama buat je
tapi...tak naklah...
nanti mama sorang2 di dapur.
lalu along dan angah yang belanja.


Tapi mama ada sumbangan juga...
masak nasi himpit/kapit
kira oklah tu...


Along pula kirim pada abah beli daging
minta mama buat rendang
nak makan dengan lemang...
lemang dimasak oleh pak cik
di depan JJ (sedap)


Untuk pemanis mulut
mama masak agar-agar..

 dan Alzalia(dalam pantang)
buat kek lapis
walaupun tak cukup bahan
tapi...tetap jadi...


Biskut dan kerepek yang mama tunjuk
tak sentuh pun hari ni
tak pe...masa masih panjang.



Monday, August 20, 2012

Tahun ini dalam sejarah


Setelah lebih setengah abad
baru tahun ni mama merayakan Aidil Fitri
di rantau orang....
sedih...
tapi...mama reda



Mama perlu akur
yang masa sering berputar
menuntut pengorbanan dan persefahaman
demi kebaikan semua


dan mama tahu
dan mama amat yakin
semuanya pasti ada hikmatnya


Saturday, August 18, 2012

meriahkan


Antara aktiviti
1.senarai menu
2.tempahan
3.lampu lik lap2
4.buang debu2
5.hantar dobi



yang biasa2
tempahan demi tempahan


tapi taklah sampai
tukar sofa
langsir
karpet


yang menyerikan
kepulangan anak-anak


Thursday, August 16, 2012

suasana raya



Suasana ini mula terasa
apabila pejabat mula dihias oleh adik-adik
mama menumpang seronok.



Seperti biasa tempahan kuih juga
dah diterima...
untuk diri dan sebagai buah tangan.



Juga kenangan kasih dah mula dibeli
untuk adik2
malah dah diagih pun.

 

Semoga Syawal tahun ini membawa
lebih keberkatan dan kebahagian


Wednesday, August 15, 2012

Sira Nekbat


Nekbat yang belum disira
masa zaman kanak-kanak mama suka
makan nekbat yang belum disira...
rasa lemak2 walaupun tawar
Cara nak sira mudah je...
1.masak air,gula,daun pandan,bunga cengkih dan kayu manis hingga mendidih.
2.masukkan nekbat hingga meresap air gula

pindah rumah 
kongsi rumah



Tuesday, August 14, 2012

rindu


Hari ni terjumpa gambar ni kat fb
huhuhuhu...
rindu makin menebal
disalut pilu....


Terkenang zaman kanak-kanak
Arwah Tok Ayah suka kuih ni
kuih karah...
Arwah Mak Aji setia menyira 
walaupun berkerusi roda...

aduh...
sebaknya...
ketika bulan Ramadan beginilah
mereka sering menikmati kuih ini...

oh...
Al-Fatihah...

Friday, August 10, 2012

Sira Labu


sira labu

Bahan-bahannya:

  • 1 biji buah labu sederhana besar
  • 1 kerek manisan
  • 5 senduk kecil gula pasir
  • 2-3 helai daun pandan
  • kapur makan
  • 2-3 sudu teh garam 


Cara-caranya:
1.rendam labu dlm air kapur -lebih kurang 1/2 jam
2.setelah itu bilas dan toskan
3.susun daun pandan dalam periuk.
4.kemudian susun  labu ,taburkan gula selapis demi selapis sampai habis
5.masukan sedikit air
6.masak dengan menggunakan api sedang
 7. masak lagi hingga air gula jadi pekat





pindah rumah 
kongsi rumah

teringin


masih malu2


akhirnya...


 ingin merasa semula


 mungkin terkenang kisah lalu


hihihi...comel..

Thursday, August 9, 2012

Ayam Percik







Bahan-bahan

Ayam
200ml santan pekat
4 ulas bawang merah - dikisar
    halia-dikisar
2 batang serai
1 sudu besar cili giling
asam jawa
Garam secukup rasa
gula

Cara-cara

1.Panggang ayam dengan sedikit garam
2.Masakkan 200ml santan pekat
3.Masukkan bawang yang dikisar bersama dengan cili giling dan halia
4.Masukkan serai yang diketuk bersama sedikit gula dan garam secukup rasa
5.Masukkan air asam jawa
6.Kacau sehingga mendidih dan santan pekat
7.Apabila masak bolehlah disiram di atas ayam yang telah dipanggang tadi









pindah rumah
kongsi rumah