Dalam usaha muhasabah diri
teringat istilah yang ustaz ajar dulu-dulu
masa zaman persekolahan
Istilah yang mudah diingat
iaitu...
wajib ialah mesti dibuat
jika tak buat berdosa
Istilah sunat pulak
buat dapat pahala
tak buat tak pe...
Jadi...dua-dua baik ...perlu dibuat
tapi...jika dalam sesuatu keadaan
perlu ikut keutamaan
terutama tentang nafkah dan sedekah...
Hukum memberi nafkah keluarga ini wajib atas suami,berdasarkan nash-nash Al Qur’an,
Hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam
serta Ijma’ ulama.Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.
لِيُنْفِقْ ذُو سَعَةٍ مِنْ سَعَتِهِ ۖ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُهُ فَلْيُنْفِقْ مِمَّا آتَاهُ اللَّهُ ۚ لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا
"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya.
Dan orang
yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari apa yang telah Allah
kurniakan kepadanya. Allah tidaklah memikulkan beban kepada seseorang
melainkan
(sekadar) apa yang telah Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan
memberikan kelapangan setelah kesempitan"
[Ath Thalaq : 7].
Manakala melaksanakan konsep
tolong-menolong,bantu-membantu ialah dengan bersedekah.
Sedekah ialah
pemberian semasa hidup kepada seseorang tanpa ada tukar ganti atas dasar
semata-mata kerana mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala.Dan hukum
bersedekah itu adalah sunat.kerana Allah Subhanahu Wataala,bukan disebabkan sesuatu seperti kerana nama atau asal bersedekah sahaja.Supaya perbuatan bersedekah itu tidak menjadi sia-sia,agama Islam telah mengajar umatnya bahawa ketika bersedekah, maka biarlah menepati erti sedekah itu sebenarnya.
No comments:
Post a Comment