14.8.2013
ada jamuan di sekolah oleh adik-adik yang tak cuti
mama memang berhajat nak ikut serta
tapi memandangkan Tok Mi ada
mama batalkan.
Cuma mama sempat 'bakar' lemang
depan JJ untuk bawa pada mereka
bawa juga sikit-sikit kuih raya
Mama tak naik pun..
Izzat je yang hantar
kerana tok mi ikut serta...
Sebelum pergi sempat
mama kemas dulu balang-balang
biskut raya...
mana tahu kot ada yang datang
Lepas tu kami ke rumah tok cik
bawa tok mi nak beraya
mama dah pergi dah hari tu.
Malamnya kami ke KLIA pulak
ambil angah yang balik dari Sarawak.
No comments:
Post a Comment