9.8.2013 : Jumaat
Tahun ni semua orang balik beraya di Besut
pada hari raya pertama kecuali Chik.
Jadi pada hari raya pertama begitu meriah
ditambah lagi bila tok su pun balik Besut
Itu pada hari raya pertama...
tapi pada hari raya kedua
seorang...seorang mula melangkah keluar
Dimulakan dengan keluarga Tok Su
yang berangkat pulang ke PP
Disusuli oleh Su Nor dan keluarga.
Su Nor tak balik ke SP
tapi ke KL kerana keluarga mertuanya
beraya di KL , rumah kakak iparnya.
Ayah ngah pula sepatutnya beraya di Kedah dulu
pada tahun ni tetapi tukar jadual
kerana ada majlis kahwin di Kedah
pada raya ketiga....
Ayah Teh pula berangkat pulang ke KB
Jadi keadaan rumah makin lengang
membuat hati bonda mula terusik
yang tinggal sekarang...
mama dan ayah chik
mama akan berangkat esok
dan ayah chik lusa...
No comments:
Post a Comment