Friday, August 16, 2013

3 Syawal


10.8.2013-Sabtu
Giliran mama pula melangkah meninggalkan
kampung halaman kerana
hari Isnin Inn dan adik dah mula belajar
Hari Ahad adik dah kena pergi ke Melaka.

 Kali ni kami
berlainan arah
along bersama-sama adik-adik balik ikut KT
Mama dan abah pula ikut GM

Kami singgah kejap untuk membuang hajat
ooo tandasnya baru,cantik
dan yang lebih penting bersih
Tahniah kepada pengurusan masjid.

Kami balik melalui GM kerana beberapa sebab
Pertama kerana abah kata(ramalkan) tak jem
ok...betul...kenderaan banyaaaakkk...
tapi bergerak lancar

Kedua nak jumpa Pak Ali
kerana raya kelapan anaknya kahwin
nak jupo matolah...
pasal masa tu tak dapat pergi.
Ketika di rumahnya...hati tersentuh
digaru?diusik?di...?...entah

Ketiga ...tentulah nak jenguk kebun
jenguk-jenguk je...tak naik pondok pun
lihat pokok-pokok je...
dokong lebat...duku pun...rambutan ada sebiji dua 
yang dah masak...
nangka pun ada...tapi belum masak
bunga kantan tak de...
durian tak perasanlah pulak...
Keempat...singgahlah beraya rumah Pak Cik Harun
sekali lagi....hati oh hati

dari sana teruskan perjalanan..
eiii jom singgah beli gulai ikan patin
buat berbuka...
tak de...dah habis...belilah yang lain...

tiba-tiba terlihat kelibat seseorang
hihihi secara otomatik terhon kereta
abah toleh...dia pun toleh
terus berlalu..tiba2 ...
heiiiii

wowww mama terjumpa pasangan romantik tu kat sini
berdua-dua you...
sementara abah solat dapatlah berbual sekejap
hihihi...gambar kabur...
jadi...biarlah rahsia...


No comments: