detik demi detik telah berlalu
jika diingat terasa kelu
tiap memori ingat selalu
walau ke hilir atau ke hulu
detik itu bergerak laju
telah nampak arah tuju
sudah sedia untuk menuju
agar hidup bertambah maju
detik itu hampir sudah
melupakan kemesraan bukannya mudah
untuk berkata kelunya lidah
kerana hati mula gundah
bergerak detik bukannya lambat
akan meninggalkan teman sahabat
merekalah penghibur merekalah ubat
mereka juga begitu hebat
detik itu pasti terjadi
jambangan kasih junjungan budi
segala jasa kekal abadi
selagi berdenyut nafas dan nadi
detik dan waktu bergerak pantas
dunia ini ibarat pentas
mohon ampun andai tersalah batas
yang terlajak atau terlintas
detik bergerak beredarnya bulan
bergerak bersama teman dan taulan
susah dan senang sama ditelan
agar lurus tika berjalan
selamat tinggal wahai sang ratu
terima kasih kerana membantu
sayu dan pilu menjadi satu
No comments:
Post a Comment