Yang berusaha En Ismail Ariffin,Ketua Urus setia SPMU 2013 dan pembantu-pembantu...
Yang diraikan
Puan Hajah NorShidah Bt Zainuddin (LPM)
Puan YAY (KPS BM2 SPMU)
Ketua Pemeriksa BM1 dan Matematik
dan semua pemeriksa
Sampai masa dan ketikannya
bersara pilihan bagi semua penjawat awam
dan juga bersara wajib menjadi pilihan masing-masing
Hajah Norshidah pada September 2013
Puan YAY pada Mei 2014
Tuan Haji Jusoh pada Mei 2014
( telah diraikan do Grand Pacific 2 tahun lepas)
Buat Hajah Norshidah
bersara wajib itu benar
bersara pilihan juga benar
pada ketika itu semuanya benar
dan sememangnya benar
senyummu sangat jelas
dan sangat mudah membalas
apa yang kita minta semua diusahakan
jika tak dapat minta tangguhkan
Jalannya laju macam peluru
menolak troli tampa jemu
bilik ke bilik dibuka pintu
semua pemeriksa rasa terharu
wajahnya tenang tanda riang
sentiasa bertugas malam dan siang
bulan September sudah terbayang
beban tugas pastikan hilang
Buat Puan Y
sopan santunnya sangat indah
lemparan senyuman juga mudah
semua masalah diberes sudah
itu tandanya KPS berhemah
tutur katanya kerap berkias
apabila berhujah kuat beralas
dapat sms cepat dibalas
itu tandanya KPS tak culas
KPS,KPB dia bertugas
tak pernah nampak Y lemas
kejayaan pasukan tetap jelas
itu tanda kerja ikhlas
satu persatu akan bersara
yang bercakap ni pun sama sahaja
semakin hari semakin tua
itu namanya kumpulan manusia
banyak kerjanya jadi sejarah
ragam idea telah dicurah
pasti teringat terus membasah
senyum manis berkaca mata
tinggi orangnya tidak rendah
ahli pasukan sentiasa gembira
kerana Y tak pernah marah
carilah ketenangan bersama amira
azfa anani teman setia
renyah pula gaya hidupnya
jika inilah konserto terakhir
inilah ketikanya melunas rindu
kabus di perbukitan di tanah air
sutera dalam lukisan jadi idamanku
gayanya senyap serta tak kisah
suka pula memberi sedekah
apabila bercakap berkias bermadah
itulah insan bernama....zah
buat kedua-dua orang teman yang diraikan
tanam lenggudi tumbuh kelapa
akar tumbuh pucuk mati
budi puan kami tak lupa
sudah tersemat di dalam hati
No comments:
Post a Comment