Tuesday, July 23, 2013

buku rekod


 Di hujung-hujung perkhidmatan
mama nak rakam beberapa benda
yang berkait rapat dengan dunia mama.
sebagai kenangan ketika sendirian

emmmm...salah satunya ialah
buku rekod mengajar mama
@buku persediaan mengajar


dulu menjelang awal tahun
pasti bersiap sedia
mengatur rancangan untuk mendidik anak bangsa

antaranya membuat poket di buku rekod
untuk memuatkan sukatan pelajaran
dan rancangan pengajaran

guna kad-kad yang menarik
-'recycler'

Seronok...
buat ikut citarasa sendiri
walaupun tak secantik orang lain
tapi puas dengan hasil tangan sendiri

Malah kadang-kadang buku ni
dibalut dengan kertas pembalut hadiah
yang sweet gitu...
memberi semangat...

tapi...sejak 2 tahun kebelakangan ini
mama tak guna buku ni lagi
guna fail...
tak delah lagi guna kad hari raya


No comments: