29.3.2013
Seperti yang dijanjikan tengah hari tu
babah hantar Nun ke rumah
nak tunaikan tanggungjawab
Mama tunggu jawapan sms dari bos
Sambil tu mama call Maz
Tapi...bila call Maz...
Maz beritahu bos kata tak payah
Oleh tu kami pun gi minum-minum di JJ
Tiba-tiba mama terima sms dari bos
katanya: boleh
lalu kami pun on...
Mungkin pada mulanya bos bimbang menyusahkan.
Mama tak call Maz pun
kerana tadi Maz kata dia nak keluar
yelah masa rehat...hari Jumaat
Masa kami ke tempat parking
bertembung dengan Mah...Alhamdulillah
dan dihulurkan buah tangan dari Sarawak
Terima Kasih...mama pula tak sempat nak beri dia apa-apa.
Tika sampai di wad...hanya adik je ada...
pada mulanya mama tak kenal...
maklum baru sekali jumpa dia
tapi bila dia tersenyum...barulah yakin dan lega
Kami doakan semoga dia cepat sihat
dan tabah menghadapinya...
dia perlu kuat...
Insya-Allah dengan sokongan moral semua pihak
terutama ahli keluarga
Sebelum balik sempat minum...
dan mama makan bubur kacang
Nun pula makan pisang goreng.
Selesai urusan terus ke sekolah
kerana hari ni mama bertugas
selepas solat Jumaat
Syukur tertunai tanggungjawab
sesama insan
dan tanggungjawab kerjaya...
Amin.
No comments:
Post a Comment