Saturday, March 30, 2013

Ho Chi Minh : 2




Selepas bersarapan kami memulakan perjalanan kami
ke My Tho Mekong Delta .
Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Sepanjang jalan terdapat sawah padi.
Juga terdapat banyak buaian di depan kedai kopi.
Menurut kata pemandu pelancong kami
buaian tu untuk penunggang motosikal
yang mengantuk dan letih berehat sambil minum kopi.
oooo ala-ala R & R

Dari jeti kami mengikuti 'boat  trip'
menyeberangi Sungai Mekong
 
Kami begitu teruja
tapi tetap berdebar...

Seronok bersama teman-teman
dibelai angin sungai...
nyaman seketika...kerana cuaca di sini
amat panas...hingga 'peluh jeruk'
sepanjang hari...
tapi atas bot ni rasa nyaman
ehhh...ada pen di tangan?
maklumlah cikgu...dah terbiasa mencatat...


Kami singgah di Pulau Thoi Son
untuk melihat....

  
...ternakan lebah
ooo pengalaman pertama...

 Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis kerepek
dan
air yang dimasak dengan daun pandan
dimasukkan madu,bee polen  dan royal jelly
dan diperah limau kasturi





Lepas tu kami diberi peluang
bermesra dan bermanja dengan
yang di bawah ni....
oh...nooo....


Kami juga dibawa melawat
ke tempat pembuatan coconut candy
kalau tempat mama , kami panggil coklat nisan...
mama rasa make in kampung mama lagi best
hihihi...tapi....betulll...
Tapi...adatlah
bila gi tempat orang...
belilah jugak...(macam orang paksa)


di kampung ni...sambil mata tak putus-putus menjeling
dan kaki pulak asyik brek je...
nak belilah tu...
di sini mama mula tergoda...

 
sama seperti di Malaysia juga
mangga,nanas,jambu...
sambil makan kami dihidangkan dengan
persembahan lagu tradisional mereka.

wooou...selepas tu kami terjah
kedai yang jual baju t yang bersulam 
cantik-cantik...
tapi mama beli 2 helai je...
kenapa?cuba teka...
ahhhh...tak nak jawab ah...

 

Kami tergesa-gesa untuk menaiki sampan
kami berpecah...3 orang setiap sampan
dicampur dengan 2 orang pendayung.


Kami bersampan di sungai bernipah
walaupun agak risau
tapi mama amat seronok
teringat zaman kanak-kanak
Pengalaman yang begitu indah.

Dalam keadaan letih dan panas
kami dibawa untuk makan tengah hari...
husss....lega...
makanannya juga sedap...

 
Tika tunggu untuk solat
tiba-tiba pelancong yang makan di meja depan mama bangun
dia toleh...dan.....hahaha...drama gitu
bekas murid mama jumpa di Mekong...hihihi

Balik dari sana kami singgah di China Town
(Cho Binh Tay)
emmm...di sini...
kami beli kain sutera dan kain cotton...
harganya begitu murah...


Semasa menunggu teman-teman
kami sempat berkenalan dengan orang senegara


Destinasi seterusnya ialah
makaaaannn...
Makanan di sini juga....sedappp

 
Balik ke hotel..
mandi,solat rehat...
Pukul 9.00 malam...jommm gi pasar malam
jommmm

 
Walaupun letih tapi semangat berkobar-kobar
jelajah sebahagian je...
sebelah kanan....

 Malamnya tidur lena kerana keletihan
tidur tak 'ketik'
ummmp...2 hari sudah berlalu...








No comments: