Sunday, March 31, 2013

Ho Chin Minh : 4



27.3.2013 : Rabu


Hari ini kami bebas...
tidak terikat dengan program yang diatur
tapi...kami dicadangkan ke Ben Thanh

 
 Selepas bersarapan kami bersiap sedia
untuk ke Cho Ben Tanh.
Sebenarnya inilah saat yang mama tunggu.



 Sebenarnya dekat je dengan hotel kami
tapi...kami tak berkesempatan ke sana kerana
setiap hari kami balik ke hotel
selepas makan malam
dan Ben Thant telah tutup.

Fokus mama di sini hanya satu...
syukur jumpa juga akhirnya...
tanpa banyak berkira...bila jumpa terus beli
harganya antara RM 15 - RM 18
Rupanya banyak lagi yang jual baju tu...
ahhh tak kesahlah...asalkan ada


Selepas solat,kami check out
letak beg di lobi
dan kami pergi makan tengah hari
di kedai Haji Halim
kerana makan tengah hari
untuk hari ni tidak termasuk dalam pakej


Selepas makan kami lepak-lepak di lobi hotel...
ada yang berintertet
ada yang berborak
ada yang ber make-up
dan ada yang bergambar
sambil menunggu van datang ambil kami
ke air port

Kami meninggalkan hotel dengan 1000 kenangan
dan tiba di air port agak awal.
Kami bercadang nak check - in awal...tapi tak boleh

jadi....sekali lagi lepak
dan solat di ruang menunggu

Cubaan pertama:
Berat bagasi kami melebihi had
ok...mama bayar  dulu ...
tak pe asalkan selamat...

 Cubaan kedua:
Salah satu beg kami ditahan ketika semua dah beratur nak masuk
mama dan Nun berkejar ke sana...
ooo lighter  berbentuk peluru yang Ani beli
rupanya tak boleh bawa keluar
(tapi kenapa dijual?)
terpaksa panggil Ani jugak kerana beg berkunci...
dirampas...dan selesai



Alhamdulillah semuanya selamat...
jadi dalam flight
ada yang sempat bergame dan 
ada yang sempat bermake up
malah ada yang sempat zzzz
untuk hilangkan kepenatan.


Cubaan ketiga:
Tiba di ICCT  Ana ditahan
check beg...minta resit
(nasib baik Pn.Latifah dah pesan)
Setelah merayu-rayu akhirnya  
beliau setuju dengan rayuan mama
RM 200.00

Ok ...tak pe,mama bayar dulu...
tak pe...hanya 3 cubaan...
berbanding keseronokan melancong
dapat bersama-sama teman
biarlah susah senang bersama-sama.
Syukur...semuanya selesai
bersama nilai dan pengajaran.
Amin.


No comments: