Sunday, March 31, 2013

Ho Chi Minh : 3



26.3.2013 : Selasa

Pukul 8.00 pagi kami bertolak dari hotel
ke Chu Chi Tunnel
yang mengambil masa 1 1/2 jam walaupun jaraknya  hanya  70km
dari bandaraya Ho Chi Minh,
kerana lalu lintas yang sesak  dan jalannya kurang elok
.
Pada awalnya mama tak berhajat untuk
bersama-sama mereka.
Mama nak tunggu je mereka di pintu masuk.
Kenapa?cuba teka?
hihihi

 
Tapi..Rafael kata mama boleh...
kerana berjalan sikit berhenti...
berjalan sikit berhenti
Jadi,mama dan Ani kata oklah...

Ini satu daripada pondok yang ada
Terowong ini menjadi tempat tinggal
di antara 7,000 hingga 8,000 tentera
 Viet Cong dan keluarga mereka.

Salah satu lorong  untuk masuk ke terowong
Acah jelah...hanya mampu jadi model

Kecilnya lubang...
jadi,mama jangan berangan nak masuk 
Inilah lubang kecil tempat keluar-masuk 
ke Terowong Cu Chi. 
Tentara Amerika tak dapat memasukinya, 
kerana terlalu kecil.
 Terowong tikus ini menjadi simbol kejayaan 

dan kemenangan mereka atas Perancis,
 Pemerintah Vietnam Selatan, juga Amerika Syarikat.



 Perangkap-perangkap yang mereka cipta
bertaburan di kawasan tersebut.
Perangkap tersebut boleh berpusing 360 darjah.
 Di bawahnya dipenuhi buluh runcing.
Perangkap....Rafael memberi penerangan

lubang lagi...

Di mana saja
posing tak lupa


konon-konon bersama-sama tentera Vietnan


Penerangan lagi...oleh tourist guide kami yang peramah


Kereta kebal

kagum dengan kemampuan mereka
kreatif


Ala-ala pusu / busut untuk mengelirukan Amerika
yang dibina untuk mengelak bau
dari dikesan oleh anjing
dan di sinilah mereka mendapatkan oksigen
 sepanjang mereka berada di bawah terowong.

hilangkan penat
  

gaya hindustan 

 Antara aktiviti mereka


Recycle and reused the bomb. 
Patung-patung menggayakan cara-cara mereka mengguna semula
 bom yang tidak meletup yang di jatuhkan oleh penjajah.


Perangkap di pintu 


Perangkap kaki


Rolling trap

 See - Saw Trap
ala-ala jongkang jongkit


Lebih mengerikan, kawasan sekitar dipenuhi jerangkap samar. 

Shooting Range...
 Di sini  dipamerkan senjata yang pernah digunakan
 ketika perang dulu seperti AK47 dan rifel carbine. 

Peluru senjata ini dijual pada harga RM5 sebutir 
 untuk mereka menembak


Mama?
mama rehat...hihihi
tak minat menembak...mamakan sopan
hahaha


Kulit Popia


Tempat membuat selipar
menggunakan tayar terpakai
Tahan lasak.
Tahan paku dan benda-benda yang tajam




Menurut teman-teman yang masuk ke terowong tu
ada yang sesak  nafas
 ada yang teruja
dan bercampur baur.
Tapi yang pasti mereka  lenguh membongkok
kerana  sepanjang laluan itu sempit dan gelap.
 Oleh itu
mama dan Nun yang  hanya tunggu di luar
 tak menyesal walaupun tidak dapat
merasai pengalaman itu....takut....

Kubu bawah tanah ini dilengkapi bilik rawatan,
bilik  mesyuarat, tempat memasak
 serta berek tentera.

Jom basuh tangan dulu-klasik


Makan ubi kayu...cicah dengan kacang tumbuk dan
teh hijau panas yang menjadi makanan ruji pejuang di terowong. 


peluru... peninggalan sejarah


Balik dari sana kami singgah
di kedai kraf tangan...
tak beli pun...


Seterusnya kami singgah makan di D'Nyonya restaurant
ya...halal..memang pakej kami
termasuk makanan halal.

makanan di sini juga
memenuhi selera kami.

sebelah restorant tu ada madrasah
kalau tidak boleh solat kat sini
 
Destinasi kami seterusnya ialah ke War Museum

 
seperti biasa...sempatlah posing-posing


Hasil kerja tangan mangsa perang.

 

gambar-gambar mencatat sejarah



Kami dibawa pula ke perkampungan Chapa
Kawasan ini agak padat.
Kami jalan kaki  ke kampung itu.

Kami singgah di Masjid Jamiul Anwar
untuk solat.

 Di sini juga tempat anak-anak belajar
yang lelaki tinggal di masjid ini.
Manakala yang perempuan berulang alik.

Selepas  solat kami dijamu
dengan kuih bunga ros dan air.


Sempat juga membeli telekung
di rumah sekitar masjid...
perusahaan di rumah 
-telekung,tudung ,baju dan kain.

Agak lama kami menunggu van
kerana jalan agak sesak kerana orang baru balik kerja dan sekolah.
Kami dibawa pula ke kedai yang menjual kopi,cenderamata dll.
Tapi...mama tak berminat.

Dari situ kami dibawa makan malam
di Restoran Citarasa
Tukang masaknya pemuda melayu dari Malaysia.
Sempat ambil resepi lagi...sop sayur yang sedap


Hari ketiga berakhir dengan ke pasar malam
sebelah kirilah pulak...

No comments: