26.3.2013 : Selasa
Pukul 8.00 pagi kami bertolak dari hotel
ke Chu Chi Tunnel
yang mengambil masa 1 1/2 jam walaupun jaraknya hanya 70km
dari bandaraya Ho Chi Minh,
kerana lalu lintas yang sesak dan jalannya kurang elok
.
Pada awalnya mama tak berhajat untuk
bersama-sama mereka.
Mama nak tunggu je mereka di pintu masuk.
Kenapa?cuba teka?
hihihi
Tapi..Rafael kata mama boleh...
kerana berjalan sikit berhenti...
berjalan sikit berhenti
Jadi,mama dan Ani kata oklah...
Ini satu daripada pondok yang ada
Terowong ini menjadi tempat tinggal
di antara 7,000 hingga 8,000 tentera
Viet Cong dan keluarga mereka.
Salah satu lorong untuk masuk ke terowong
Acah jelah...hanya mampu jadi model
Kecilnya lubang...
jadi,mama jangan berangan nak masuk
Inilah lubang kecil tempat keluar-masuk
ke Terowong Cu Chi.
Tentara Amerika tak dapat memasukinya,
kerana terlalu kecil.
Terowong tikus ini menjadi simbol
kejayaan
dan kemenangan mereka atas Perancis,
Pemerintah Vietnam
Selatan, juga Amerika Syarikat.
Perangkap-perangkap yang mereka cipta
bertaburan di kawasan tersebut.
Perangkap tersebut boleh berpusing 360
darjah.
Di bawahnya dipenuhi buluh runcing.
Perangkap....Rafael memberi penerangan
lubang lagi...
Di mana saja
posing tak lupa
konon-konon bersama-sama tentera Vietnan
Penerangan lagi...oleh tourist guide kami yang peramah
Kereta kebal
kagum dengan kemampuan mereka
kreatif
Ala-ala pusu / busut untuk mengelirukan Amerika
yang dibina untuk mengelak bau
dari dikesan oleh anjing
dan di sinilah mereka mendapatkan oksigen
sepanjang mereka berada di bawah terowong.
hilangkan penat
gaya hindustan
Antara aktiviti mereka
Recycle and reused the bomb.
Patung-patung menggayakan cara-cara
mereka mengguna semula
bom yang tidak meletup yang di jatuhkan oleh
penjajah.
Perangkap di pintu
Perangkap kaki
Rolling trap
See - Saw Trap
ala-ala jongkang jongkit
Lebih mengerikan, kawasan sekitar dipenuhi jerangkap samar.
Shooting Range...
Di sini dipamerkan senjata yang pernah digunakan
ketika perang
dulu seperti AK47 dan rifel carbine.
Peluru senjata ini dijual pada
harga RM5 sebutir
untuk mereka menembak
Mama?
mama rehat...hihihi
tak minat menembak...mamakan sopan
hahaha
Kulit Popia
Tempat membuat selipar
menggunakan tayar terpakai
Tahan lasak.
Tahan paku dan benda-benda yang tajam
Menurut teman-teman yang masuk ke terowong tu
ada yang sesak nafas
ada yang teruja
dan bercampur baur.
Tapi yang pasti mereka lenguh membongkok
kerana sepanjang laluan itu sempit dan gelap.
Oleh itu
mama dan Nun yang hanya tunggu di luar
tak menyesal walaupun tidak dapat
merasai pengalaman itu....takut....
Kubu bawah tanah ini dilengkapi bilik rawatan,
bilik mesyuarat, tempat memasak
serta berek tentera.
Jom basuh tangan dulu-klasik
Makan ubi kayu...cicah dengan kacang tumbuk dan
teh hijau panas yang menjadi makanan ruji pejuang di terowong.
peluru... peninggalan sejarah
Balik dari sana kami singgah
di kedai kraf tangan...
tak beli pun...
Seterusnya kami singgah makan di D'Nyonya restaurant
ya...halal..memang pakej kami
termasuk makanan halal.
makanan di sini juga
memenuhi selera kami.
sebelah restorant tu ada madrasah
kalau tidak boleh solat kat sini
Destinasi kami seterusnya ialah ke War Museum
seperti biasa...sempatlah posing-posing
Hasil kerja tangan mangsa perang.
gambar-gambar mencatat sejarah
Kami dibawa pula ke perkampungan Chapa
Kawasan ini agak padat.
Kami jalan kaki ke kampung itu.
Kami singgah di Masjid Jamiul Anwar
untuk solat.
Di sini juga tempat anak-anak belajar
yang lelaki tinggal di masjid ini.
Manakala yang perempuan berulang alik.
Selepas solat kami dijamu
dengan kuih bunga ros dan air.
Sempat juga membeli telekung
di rumah sekitar masjid...
perusahaan di rumah
-telekung,tudung ,baju dan kain.
Agak lama kami menunggu van
kerana jalan agak sesak kerana orang baru balik kerja dan sekolah.
Kami dibawa pula ke kedai yang menjual kopi,cenderamata dll.
Tapi...mama tak berminat.
Dari situ kami dibawa makan malam
di Restoran Citarasa
Tukang masaknya pemuda melayu dari Malaysia.
Sempat ambil resepi lagi...sop sayur yang sedap
Hari ketiga berakhir dengan ke pasar malam
sebelah kirilah pulak...