Saturday, January 28, 2012

visi dan misi



Untuk mencapai visi dan misi
kami berkerja ke arah itu
tidak kira masa dan tenaga
tanpa diarah
'
seperti selalu...
bila mama ke sekolah
ada saja teman-teman yang ada
menyiapkan apa yang patut
walaupun cuti...
mereka tak berkira


hari ni Mia pun ada
menemankan ibunya
yang datang untuk menanda kerja kursus
Haniza juga datang
untuk mengemas ruang kerja
yang tak terbuat pada hari kerja
agar semakin membara semangat untuk bekerja
selepas cuti


masih ramai lagi yang datang
PSS pun ada aktiviti
semuanya secara sukarela
tahniah adik-adik mama


Pada tengah hari 26.1.12 ni...
selepas siapkan apa yang patut
mama bergegas ke Putra Jaya
Alhamdulillah ....selesai
sebagai upah Izzat temankan mama
kami singgah makan di Tesco Ampang.
ok jugak

No comments: