Sunday, January 1, 2012

memujuk diri



Menjelang 2012 ini
mama mencari semangat baru
jika masih ada tersisa
di sepanjang perjananan 2011



Ahhh...
biarkan sisa itu berterbangan dihembus angin senja
biarkan saki baki itu terlarut oleh gerimis pagi
biarkan kelukaan itu hanyut bersama alunan ombak
atau biarkan ia terkubur saja...
kerana...
mama perlu bangkit semula demi
nusa dan bangsa



mama perlu positif
abaikan kata-kata berbisa
jadikan saja sebagai pembakar semangat


mama perlu positif
yang....
untuk peroleh kejayaan
bukan senang
banyak onak dan duri
jadi...abai je wajah kelat itu



mama berazam agar
2012....(ini azam untuk hati)
mama akan cuba abaikan yang negatif
kaut yang positif
cuba dan cuba sucikan hati
walaupun dirobek lagi



Ya Allah...
dalam usaha untuk mendapat keberkatan dariMu
ku pohon kau kuatkan imanku
kau tabahkan diriku
kau penuhi hajatku...
moga 2012 hatiku semakin damai
amin.

5 comments:

M a Z n I said...

mama...ingatlah satu perkara.sekiranya org tu sentiasa berkata2 ttg kita bmakna dia sangat mengambil berat ttg kita tak kira dalam keadaan yang sedih atau suka.dia tlalu myanyangi mama...hihihi

Anonymous said...

terlebih kasih sayang kot... namamu sentiasa d hatiku... hihihi

Anonymous said...

tahun baru baru ni jom kita...

• DELETE semua FILE kebencian &
marah
• INSTALL anti-virus ego & putus
asa
• RESTART kehidupanmu dgn kasih
sayang
• REFRESH peribadi kita yg mulia
• DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA
• UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS
• Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih
• LOADING semua dgn DOA & USAHA

Unknown said...

Maz,tkasih kerana mengingatkan yg dia mmg seorang yg penyayang.

Unknown said...

anonymous, namamu juga tersemat di hati.

juga...tk atas peringat itu...i love it.
insyaallah akan menuju ke arah itu.