Monday, January 30, 2012

anakku




Ya ...
Itu yang mama nak kata
'anda' boleh...
mama yakin
amat yakin...



jika ada kata yang mengusik hati
jika ada nada berbentuk sinis
jika ada hilai di hujung kata
abaikan...
biarkan...
lupakan...



anggap saja pembakar azam
anggap saja pendorong jaya
jadikan suntikan semangat
menuju ke puncak jaya....



yang penting
usaha tanpa jemu
doa tak putus-putus



dan ketahuilah bahawa
mama dan abah sentiasa
iringkan doa serta restu...
agar perjuanganmu
beroleh cemerlang.
dan ingatlah Allah sentiasa bersama kita.


KETAHUILAH:

No comments: