Saturday, January 21, 2012
mereka mahu ...
Apabila anak-anak berkata-kata
di awal tahun...
antara sedar atau tidak
secara sengaja atau tidak
secara jujur atau bergurau
mama cuba fahami
ada secara lisan
ada secara bertulis
mama cuba selami
bicara itu
buat mama terfikir
buat mama bersyukur
buat sejukkk hati mama
along berkata : Kita gi umrah....
mama amat setuju....
syukur...
walaupun mama tak pasti gurauan atau serius
suatu hari angah berkata
mama Hafiz nak buku kuning dulu
Jilid 1....Hafiz pernah baca dulu
sebak jadinya mama...
terus mama bangun....cari...
Jilid 1 tak jumpa
Mama hulur Jilid 2
Moga ada menafaatnya
Mama dah terbaca...
Inn pun beritahu
3 hasratnya
lega hati mama
moga Inn berjaya melakukannya...
moga tercapai hajat itu
Tanpa diduga Izzat juga
berkata seperti apa yang along katakan
...ajak ke Mekah
Amin....moga kita berjaya menunaikannya
adik hantar mesej...
dia dah survey....
dah tahu berapa...
ok mama setuju...
moga memudahkan adik...moga adik suka
apa pun kehendak,
cita-cita
harapan
hasrat
anak-anak
mama harapkan memberi pulangan positif
dan membahagiakan anak-anak
kesayangan mama
Renungkan:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
laa..baru jumpa blog ni..dulu hani cuma singgah di 'bila jari jemari' jer...
hihihi....selamat bertemu...
Post a Comment