Saturday, June 11, 2011

sekalung doa

6 Jun...
merupakan detik indah...
detik bersejarah....
detik yang bakal melakar pelbagai kenangan...
detik bermulanya ke alam baru
buat pasangan yang amat mama sayangi...
6.6.2009
Adinda bongsu mama telah selamat diijab kabul
telah selamat bergelar suri...
telah ada tiang yang bakal menyokong susah senangnya
telah ada hati yang bakal mewangikan hidupnya...

Dan kini setelah melangkau 2 musim perkahwinan mereka...
cinta mereka semakin membara
dengan kelahiran puteri comel
hasil kasih sayang mereka.
Amin...

6.6.2010
Berkongsi tarikh yang sama
Putera kedua kesayangan mama
menyusuli perjalanan hidupnya
melangkah untuk mengalas tanggung jawab dan amanah Allah
Tanpa sedari masa terus berlalu
Kini telah setahun mereka harungi hidup bersama
pastinya ada pahit manisnya
begitulah adat berumah tangga...

Untuk mereka
mama tadahkan tangan
panjatkan doa setulus hati
moga bahtera mereka belayar tenang...
moga dapat mengendalikan bahtera andai dilambung badai
Kerana ombak dan badai adalah pelengkap kehidupan.

Doa mama juga
agar hidup mereka sarat dengan bunga-bunga cinta
agar perjalanan hidup mereka di landasan yang diredai
agar mereka diselimuti kesetiaan sejati
agar mereka disirami kebahagiaan abadi
di dunia dan di akhirat nanti...
Amin.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan
Dinda berdua dan Anakanda berdua


2 comments:

chalk is talking said...

Terima kaseh.entah knapa tanpa disedari air mata jatuh bercucuran saat membaca post kali ini.terima kaseh atas doa yg xpnah ptus2.amin ya rabb.

Unknown said...

moga tangisan bahagia...