Sunday, June 19, 2011

19.6.2011-Hari Bapa...


Bat,
Terima kasih kerana didikanmu

Yang tegas dan berhemah

Terima kasih kerana membesarkan mata

Yang menjadi ingatan dan pedoman

Terima kasih kerana kasih sayangmu

Yang hangat dan melimpah ruah

Terima kasih atas segala pengorbanan

Yang tulus dan ikhlas

Terima kasih kerana memanjatkan doa

Yang suci dan kudus

Terima kasih...Terima Kasih

Al-Fatihah



Abah

Di

Zu

Syed

Emi

Haris

Mereka ini telah bergelar bapa
Tahniah!
Bapa:
Dalam ajarnya ada harapan
dalam tegurnya ada doa
dalam marahnya ada sayang
dalam tawanya ada mesra
dalam diamnya ada bijaksana
dalam tangannya ada tanggungjawab

Selamat Hari Bapa....

Tarikh ini setahun yang lepas juga ada sejarah
sejarah Hafiz dan Alzalia...
Tarikh menyambut menantu
moga tarikh ini menjadi laluan..printis..
moga menjadi pasangan bahagia yang dirahmatiNya
dan moga Hafiz juga bakal bergelar bapa suatu hari nanti...
Amin..

19.6.1982 iaitu 29 tahun yang lalu mama
telah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan.
Alhamdulillah...cinta kami masih segar hingga kini...
moga kesucian kasih sayang kami
akan mewarnai kebahagian hingga ke akhir hayat...
amin...

No comments: