Thursday, June 2, 2011
Mei-kesyukuran
Mei meninggalkan kesan manis buat mama...
moga kemanisan itu tetap berpanjangan
menghias kehidupan mama sekeluarga..
Antara yang mewangikan hati mama
apabila pada 22 Mei adik mula melangkah ke UiTM Melaka.
Alhamdulillah....syukur
Kembang jiwa mama...
Doa mama detik itu permulaan bagi adik
untuk terus memburu cita-cita
agar apa yang dihajati akan tercapai
dengan usaha dan doa
moga adik tak alpa dengan tanggung jawab adik.
amin
Tambah semarak jiwa mama
apabila 23 Mei angah mula berkhidmat di tempat baru...
ke TNB...
Alhamdulillah...syukur
yang mungkin selari dengan jiwa angah
yang mungkin lebih menyinari hidup angah
yang bakal memberi cahaya yang lebih terang...
doa mama agar detik ini
menjadi laluan untuk mengapai kebahagian
sebagai penghulu rumah tangga
sebagai tiang keluarga...
amin
Dan mama juga bersyukur
kerana pada 23 Mei ini mama masih ada
masih berpeluang menikmati ciptaan Allah
masih berpeluang bersama-sama insan tersayang
masih berpeluang menabur bakti
Alhamdulillah....syukur
moga mama berupaya mengisi peluang ini sebaik mungkin.
amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment