skip to main |
skip to sidebar
Emi:Hari Guru
“Selamat Hari Guru…Terima Kasih Cikgu..”
kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya menjadi insan berguna pada hari ini.
Antaranya ialah :
Kedua ibu bapa saya Allahyarham cikgu Hj Yusoff Ahmad dan Hajjah Zaharah Salleh. Mereka merupakan guru pertama saya. Mereka mengajar saya mengenali alam ini. Selain itu, mereka juga me...ngajar saya mengenali siapa Allah SWT,
siapa Nabi Muhammad SAW dan apa itu Islam. Di samping itu, mereka juga mengajar dan mendidik saya agar menjadi anak yang sentiasa menghormati
orang tuanya dan orang lain supaya menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.
Abang2 dan kakak2 saya Kak Ma,Abang Di,Abang Zu dan Kak hanim yang banyak memberi semangat kepada saya, banyak berjasa dan mendidik saya supaya menjadi insan yang berguna.
Kaulah kakak, kaulah abang dan kau juga sahabat karib.
Semua guru Sekolah Kebangsaan Keluang, Besut.
.
Semua guru sekolah Kebangsaan Kg Raja, Besut.
Semua guru SMK Tengku Mahmud,Besut.
Semua pensyarah2 yang pernah mendidik saya.
Terpujilah engkau wahai guruku
Namamu akan selalu hidup dalam sanubariku
Semua baktimu akan kuukir dalam hatiku
Sebagai prasasti terima kasihku
atas pengabdianmu
Engkau sabagai pelita dalam kegelapan
Engkau laksana embun penyejuk dalam kehausan
Engkau patriot pahlawan bangsa
Tanpa tanda jasa
Setiap waktu teringat lagu tentangmu membuat hati ini bergolak rindu.
Ingin meraih jemarimu dan menciumnya dengan segenap penghormatan dan rasa terima kasih.
Kerana tanpa ketulusannya, mungkin hari ini kita semua tak kan menjadi seperti ini.
Tanpa kesabarannya mungkin banyak diantara kita yang tersesat kehilangan jalan.
Ya.. kerana dulu berpuluh tahun lalu aku, kami dan kita hanyalah anak-anak desa terpencil
yang tidak tahu tentang dunia.
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman ,
justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab
yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata
Buat semua warga pendidik tanahair. Andalah pembina negara bangsa.
Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita
dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya.
No comments:
Post a Comment