Tuesday, February 21, 2012

huuuuusssss



letihhhh....
letih sangat hari ni
setelah seharian bersama-sama mereka
mencari...memberi...menunggu
tapi tak stress....



Letih tapi lega...
terima kasih teman-teman
yang sentiasa membantu
untuk melicinkan...
agar semuanya ok
itulah nikmat kemanisan kerja berpasukan.



akhirnya....
mama terlantar....
tertidur...
letih.....
tapi semuanya dah selesai
alhamdulillah.

Sunday, February 19, 2012

wanted

Dikehendaki....dicari....diburu
bukan kerana bersalah
tapi kerana dirindui....disayangi

comel tak?
pastilah comel kan?
tambah lagi nampak anggun dan bergaya
malah keayuanya begitu terserlah
dengan menutup aurat.


BELIAU milik si comel ini(dulu)
milik si gadis ayu(kini)
jejak kasih sedang dilakukan
penyiasatan juga sedang dilaksanakan
serta merta di sekitar Lembah Kelang
demi prihatin pada pemiliknya


kerana si gadis manis ini telah membuat rayuan
sedutannya berbunyi:

Tolonglah selamatkan beliau.
Jika beliau besembunyi di rumah anda
-anda tolong pulangkan beliau kepada saya.
Sudah lama kami terpisah dan saya harap beliau masih selamat.
Rindu. Uhuk~ Sekian terima kasih. :'(


Tumpang tanya(berbisik)
siapa yang hadiahkah?
hihihi
ada kenangan?
ada sejarah ke?
Shhhhhh....
(pertanyaan yang tak terjawab kerana dia tak baca-hihihi)

Laporan diperoleh semasa operasi dijalankan
di dua lokasi berbeza
1. beg galas hitam berisi pakaian
2. beg tangan ini
hihihihi lain yang dicari....lain yang dapat

Saturday, February 18, 2012

bye-bye,ta-ta



Ini bukan pasangan kekasih...
kedua-duanya anak buah mama
....sepupu tapi seperti adik beradik
kedua-dua mereka anak sulong,
kedua-duanya nun jauh di sana
jauh di mata tapi dekat di hati.



baru-baru ni....
2 orang anak buah kesayangan mama ni
balik bercuti
awen dulu yang balik
dapatlah mama melepas rindu

tapi...
cepatnya masa berlalu...
semalam dia dah pun bertolak semula ke sana
mama tak dapat bye-bye dia di aport
kerana tuntutan kerja



Abang pula hanya balik selama 2 minggu
jadi...mama tak sempat nak jenguk dia...
tut...tut...tut....esok dia dah dak balik ke sana
mama juga tak boleh ta-ta dia
juga kerana kerja


mama minta maaf untuk anak-anak mama ni
kerana mama juga tak sempat nak ajak datang ke rumah
makan-makan .....borak-borak.....santai-santai....
masa begitu cepat bergerak...



Awen dan abang dah besar....
bermakna mama pun dah kian tuaaaa
jadi tenaga cepat tercicir....
hihihi....huhuhu

apa pun mama doakan
agar anak-anak mama ini
sihat dan selamat di rantauan
moga bahagia-bahagia selalu

Monday, February 13, 2012

biasa-biasa je


Suka @ Sedih?

Itu soalan daripada seorang teman rapat

Entah mama tak ada perasaan

Nak kata suka...... tidak

Nak kata sedih pun tidak

Biasa-biasa aja

Macam dulu-dulu

Nak kata sedih mama rasa

mama dah tahu kemungkinan itu

mama tak pernah berangan

mama dah bersedia

kerana kita tidak dapat menilai diri sendiri

dengan tepat.

Tambah lagi mama baru bertatih,

orang sekeliling yang layak menilai

lebih-lebih lagi bos

Mama ni pun jenis

tak pernah memasang harapan yang tinggi

kerana mama sentiasa bimbang akan jatuh

terlentang dan berkecai

Jadi mama sentiasa berhati2

agar jatuh di tempat yang lembut

dengan bekalan iman

dan pecaya pada qada dan qadar.

Mama berserah segalanya pada yang Esa

Dia penentu segalanya

mengatur hidup kita

setelah berusaha

mengikut kemampuan mama

Mama hanya mengikut arus

Ikut tiupanan angin

Jika ke barat-baratlah

Jika ke timur-timurlah

mama reda segalanya

Mama yakin

pasti ada hikmah dari setiap yang berlaku

Sunday, February 12, 2012

gelabah & kecoh


selepas subuh...
di pagi sabtu yang hening
masih disinari rembulan
bintang-bintang masih berkelipan

abah baru je bertolak ke GM
kawasan taman masih sunyi
maklumlah hari sabtu
mungkin ramai yang masih
berdengkur....



seperti biasa mama start kereta
tapi kali ni.... luar biasa
ada kelainan...
start lagi....lagi...dan lagi
tak hidup....



tiba-tiba....
mama mula gelabah....
keheningan pagi mula terganggu
oleh alarm kereta mama
kenapa ni?
kenapa tiba-tiba berbunyi...
ohhhhh panik



dalam keadaan gelabah itu
mama lihat langsir auntie dah
bergerak....terima kasih
itu menunjukkan jiran yang prihatin


mama telefon abah
kerana alarm tetap berbunyi
mama picik-picik tak jadi jugak
abah suruh mama buka bahagian bateri
cabut wayar....


kahkahkah....
abah buat lawak pagi-pagi ni....
usahkan nak cabut wayar...
nak buka boot tu pun mama tak reti...
yang mama tahu hanya bubuh minyak je...
huhuhuhu




dalam kelam kabut tu...
mama minta along hantar mama ke sekolah
berdebar je menunggu along mandi....
hiiiiii lewatlah mama
tapiiiii percaya tak,bila mama sampai
mama masih jadi orang pertama sampai...
gelabah sungguh mama niiii



kecoh lagi....
nak tumpang sapa balik nanti
kebanyakan teman mama nak balik awal hari ni
maklumlah hari sabtu
banyak urusannya....
mama pulak ada urusan nak selesaikan
di sekolah



tapi....
akhirnya dari 3 senarai terakhir
mama tumpang Ha kerana hari ni dia solo.
Terima Kasih Ha....
kalau tidak mama berbasikallah hari ni...
(tapi....ada ke basikal?)

Tuesday, February 7, 2012

geram





kalau ikut hati

mungkin jadi macam ni

nyaris-nyaris...

tapi alhamdulillah...

mamakan penyabar

(kahkahkah)





Tapi yang pastinya

mama amat geram

begitu geram

geram sangat




apa tidaknya...

dah hampir seminggu

internet meragam lagi

tak leh guna...

rasa nak telan orang

tapi...nak telan sapa...

huhuhu...




macam mana ni...

kat mana mama nak luah rasa

nak terapi minda

mana hobi mama

mama tak leh berkebun macam abah

(ada unsur jelezzz)




atas ihsan along

dah 2 malam mama boleh

baca fb dan blog mama

menggunakan galaxy tab along

tqvm along...

tapi...

tak leh nak update blog

tak de gambar....huhuhu

sedih tau...



hiiiiii ni mama pinjam broadband Aliff

demi melepas rindu...

Terima Kasih Aliff

(walaupun dia tak baca)

tapi mama amat berterima kasih

bak kata orang

orang berbudi kita berbahasa

orang memberi kita merasa....

Terima Kasih Aliff....Terima Kasih Izzat





Tuesday, January 31, 2012

Penghargaan



31.1.2012

Selasa

10.30 pagi

De Palma Ampang


Perjumpaan AJK KPJ Daerah Gombak
Ucapan aluan


Ucapan Pengerusi KPJ


Ucapan dan merasmikan


Pemenang





Penghargaan



Pengerusi



Naib Pengerusi



AJK








En. Mohd Shukri(PPD)



Makan



Terima Kasih