Suka @ Sedih?
Itu soalan daripada seorang teman rapat
Entah mama tak ada perasaan
Nak kata suka...... tidak
Nak kata sedih pun tidak
Biasa-biasa aja
Macam dulu-dulu
Nak kata sedih mama rasa
mama dah tahu kemungkinan itu
mama tak pernah berangan
mama dah bersedia
kerana kita tidak dapat menilai diri sendiri
dengan tepat.
Tambah lagi mama baru bertatih,
orang sekeliling yang layak menilai
lebih-lebih lagi bos
Mama ni pun jenis
tak pernah memasang harapan yang tinggi
kerana mama sentiasa bimbang akan jatuh
terlentang dan berkecai
Jadi mama sentiasa berhati2
agar jatuh di tempat yang lembut
dengan bekalan iman
dan pecaya pada qada dan qadar.
Mama berserah segalanya pada yang Esa
Dia penentu segalanya
mengatur hidup kita
setelah berusaha
mengikut kemampuan mama
Mama hanya mengikut arus
Ikut tiupanan angin
Jika ke barat-baratlah
Jika ke timur-timurlah
mama reda segalanya
Mama yakin
pasti ada hikmah dari setiap yang berlaku
2 comments:
itu sebagai isyarat yg mama sentiasa bersedia didalam apa jua ujian.
ya...atas sokongan warga sekeliling terutama insan2 tersayang.tk
Post a Comment