Sunday, February 12, 2012

gelabah & kecoh


selepas subuh...
di pagi sabtu yang hening
masih disinari rembulan
bintang-bintang masih berkelipan

abah baru je bertolak ke GM
kawasan taman masih sunyi
maklumlah hari sabtu
mungkin ramai yang masih
berdengkur....



seperti biasa mama start kereta
tapi kali ni.... luar biasa
ada kelainan...
start lagi....lagi...dan lagi
tak hidup....



tiba-tiba....
mama mula gelabah....
keheningan pagi mula terganggu
oleh alarm kereta mama
kenapa ni?
kenapa tiba-tiba berbunyi...
ohhhhh panik



dalam keadaan gelabah itu
mama lihat langsir auntie dah
bergerak....terima kasih
itu menunjukkan jiran yang prihatin


mama telefon abah
kerana alarm tetap berbunyi
mama picik-picik tak jadi jugak
abah suruh mama buka bahagian bateri
cabut wayar....


kahkahkah....
abah buat lawak pagi-pagi ni....
usahkan nak cabut wayar...
nak buka boot tu pun mama tak reti...
yang mama tahu hanya bubuh minyak je...
huhuhuhu




dalam kelam kabut tu...
mama minta along hantar mama ke sekolah
berdebar je menunggu along mandi....
hiiiiii lewatlah mama
tapiiiii percaya tak,bila mama sampai
mama masih jadi orang pertama sampai...
gelabah sungguh mama niiii



kecoh lagi....
nak tumpang sapa balik nanti
kebanyakan teman mama nak balik awal hari ni
maklumlah hari sabtu
banyak urusannya....
mama pulak ada urusan nak selesaikan
di sekolah



tapi....
akhirnya dari 3 senarai terakhir
mama tumpang Ha kerana hari ni dia solo.
Terima Kasih Ha....
kalau tidak mama berbasikallah hari ni...
(tapi....ada ke basikal?)

6 comments:

Granny Hani said...

Sekapal lah kita..kalu bab kereta saya ni mcm tikus tgok besi..

Unknown said...

itulah.bubuh minyak pun dah kirs hebat.hihihi

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
M a Z n I said...

undangan dari patik, tuan hamba tidak sudi :(

Unknown said...

bukan tidak sudi..tapi tuanku tergesa2...patik masih ada urusan...apa pun tk kerana sudi mempelawa.