Saturday, August 14, 2010

Bandung:Agenda 3

RONDA-RONDA
Agenda ketiga kami ialah ronda-ronda.
Iaitu ingin mengikut kata pepatah jauh berjalan luas pandangan.
Maka kamipun memasang niat untuk mengenal tempat orang.
Melihat budaya orang.
Mencuci mata dan pastinya mencuci hang beg.
Awal pagi 23.1.2009 kami dah tiba
di Bandara(Air port) Hussein Sastranegara Bandung.
Hanya Adik Nor dan Syed yang sempat bergambar
seketika kami mendarat.
Yang lain mungkin terlalu teruja
hingga lupa untuk bergambar.

Itu semua tidak menjadi hal kerana
ketika menunggu mobil tiba
sempat beberapa pos dirakam di lapangan terbang.
Malah setiba di Hotel Savoy Homann,sambil
menunggu untuk cheak in kami berposing lagi.
Lihatlah buktinya .

Kami berpecah kepada 3 kumpulan(3 bilik)
Bilikku ialah 213.Biliknya agak selesa.
Terima kasih kepada penganjur.

Pada malamnya kami meronda ke Carrefore di Sukajadi.
Tujuan kami untuk membeli door gift untuk majlis Dik Nor.

Carrefour ini juga dikenali dengan
Paris Van Java.
Kenapa ye?Lupa nak tanya
...sibuk membeli
Pada pagi 24.1.2009 kami bersiap sedia meneruskan misi.
Semangat berkobar-kobar.
Destinasi pertama kami ialah Jonas Studio-Studio gambar.
Studio ini agak terkenal.
Tujuannya untuk merakam gambar Adik Nor.
Untuk membuat kad jemputan.

Walaupun begitu kami perlu mengambil peluang.
Di mana saja kami perlu mengambil peluang.
Kami pun bergambar sama.
Dah lama rupanya tak bergambar di studio.

Setelah selesai bergambar,apa lagi...
jom ke pasar baru.

Pasar Baru memang mengoda.
Tengoklah betapa tekun mereka menjalankan tugas.
Hahahaha
Untuk makluman bukan sekali datang ke sini....
Setiap kali datang pasti tidak mengecewakan.

Esoknya kami berangkat ke Tangkubang Perahu.
Banyak legendannya.
Cuaca di sini amat sejuk
tambah lagi hujan renyai-renyai
dan angin bertiup kencang.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan
ke Ciatur(kolam air Panas)
Kami tiba di sini agak lewat
dan hujan masih renyai-renyai.

Di sini sekali lagi kami menggigil.
Kami mengambil kesempatan untuk merendam kaki
kerana katanya air panas ini dapat menghilangkan penyakit.
Di pertengahan jalan kami singgah makan jagung bakar.
Lega rasanya setelah melepasi bukit bukau.
Al-maklumlah....
Sempat temu ramah dan tawar menawar.
Jagung di sini ada 3 rasa dan jagungnya besar
best.....dan sempat menjadi model walaupun
ada ala-ala mabuk....
Keesokkan harinya kami ke Puncak.
Semasa pejalanan kami singgah kedai makanan(kerepek),
beli buah(entah apa namanya) dan
kami juga sempat singgah membeli tapai ubi.
Agak unik cara mereka mempamerkannya.
Seperti biasa kami sempat tidur dalam perjalanan.
Tiba di sana....uuuuu juga dingin bangat.

Pemandangan di sini lebih kurang di Cemeron Highland.
Kami sempat makan-makan di restoran di sini.
Dalam perjalanan balik kami tertidur lagi.(aktiviti sampingan)

27.1.2009 kami berangkat pulang.
Banyak peristiwa berlaku di lapangan terbang.
Antaranya:
-lebih muatan
(oh...kami tak bersalah tapi barang yang berat)
-Pak amigresem
(baru ku tahu kehebatan adikku-hihihi)



Bandung kami tinggalkan dengan pelbagai kenangan manis.
Tapi hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,
negeri sendiri juga aku sayangi.
Malaysia tanah tumpahku.

Thursday, August 12, 2010

Tambah dan tambah lagi...

1983- Bukit Keluang

Masih berdua tetapi...
biasanya...
ada pengurus peribadi yang akan menemani.
Lihat bahan bukti:
Tangan...hihihi

1984-Hari Raya (bertiga)

Hari Raya Aidil Fitri yang pertama
bergelar ibu.
1985-cukur jambul(berempat)

Setahun kemudian...
betambah lagi ahli
alhamdulillah
Moga bertambah bahagia.

1986-sempena Hari Jadi Putera kedua

Bergambar bersama-sama kedua
putera yang comel dan lasak.
Ketika ini sudah mula bertugas
di Kuala Krai,Kelantan.

1987- Kuala Krai

Masih berempat.
Seperti biasa bergambar sempena
ulang tahun putera-putera kesayangan.
Ulang tahun ke-3 dan ke-4.
1988
Bergambar bersama 'saudara kembar'.
Biasanya mereka bertiga sering bersama.
Saudara dan teman sepermainan.
1989- sudah berlima

Alhamdulillah bertambah seorang lagi.
Seorang puteri.
1990-Kg.Raja

Hari Raya-sedang menunggu ketibaan
yang keempat-hihihi


1991-Desa Keramat(Berenam)

Berpindah ke Kuala Lumpur ketika sarat menggandungkan
putera keempat.
Bersalin di Hospital Kuala Lumpur ketika
sedang bersiap untuk menyambut
Hari Raya Haji.

1992-AU1B Keramat Permai

Berpindah ke Keramat Permai.
Anak-anak ada yang sudah bersekolah.


Hari Raya Puasa


1993- Besut

Hari Raya yang semakin meriah
dengan keletah anak-anak.

1994-Keramat Permai
Meraikan Hari Jadi .


1995-Bertujuh

Berpindah ke rumah sendiri di Au1A
Lahir seorang lagi putera.
Putera bongsu.



Dulu-dulu si puteri selalu meminta...
...meminta seorang adik perempuan
untuk dijadikan kawan
lalu mama berkata cukuplah...

Dan kini si bongsu pernah
berbisik mahukan seorang adik
agar dia bukan lagi bongsu
(mungkin dia bergurau)
Mama cuma senyum
(dalam hati:kahkahkah)
Cukuplah lima yang akan menjadi sepuluh.

Thursday, August 5, 2010

Bandung:Agenda 2


makan-makan
Agenda pertama memang berjaya.Bagaimana agenda kedua?
Pasti cemerlang kerana boleh dikatakan semua ahli kumpulan
suka agenda kedua.
Tidak kira lelaki atau perempuan.
Awal pagi sebelum mengatur langkah kami makan dulu.
Bukan kerana kami kuat makan
tapi beringat-ingat sebelum lapar,
sediakan payung sebelum hujan
kerana pasti perjalanan kami mengambil masa
Sebenarnya di sini kami tidak ada masalah makanan.
Di bilik kami tidak ada Mi maggi,tidak ada roti.
Hal ini kerana di Bandung,seperti di Malaysia.
Banyak bangat yang kami boleh makan.

Banyak pilihan makanan untuk sarapan di hotel kami.
Tapi bubur ayam merupakan pilihan utamaku.
Tapi....yang lain pun aku makan juga.Hihihi

Selain bersarapan di hotel, tengah hari kami makan di luar,

kerana sepanjang hari kami merayap.

Biasanya kami dibawa ke restoran nasi padang yang terkenal.

Best ....tak terkata...

nak lagi...nak lagi

Nasi padang,lauknya banyak.

Semuanya best-best.

Semua ahli enjoy

Kami beruntung kerana pemandu pelancong kami (adik & syed)

biasa di Bandung...(tempat pertemuan-penuh sejarah)

Selain nasi padang kami juga makan masakan sunda.

Best jugak.tapi aku lebih suka nasi padang.

Pada satu malam kami dibawa ke sebuah restoran yang terkenal.

(sorry lupa lagi)Rasa-rasanya di sini ada kenangan manis buat mereka.

Di restoran ini banyak jenis sambal dan ulam.

Best sangat(best lagi...)

Jadi kamipun jadilah model iklan sambal...

hahaha....

Selain itu kami juga dijamu dengan bakso istimewa.

Di sini ramai artis Indonesia yang makan.Tapi pada masa kami

datang ,kami tidak ketemu mereka,hanya melihat foto-foto mereka.

Semasa di puncak,kami juga singgah mengisi perut.

Sebenarnya semasa di sini perut kami tidak pernah tidak berisi.

Alhamdullilah.

Minuman yang popular di sini ialah air aprikot(ye ke?)

Air ini amat diminati oleh adik.Aku pun...hihihi

Semasa pulang dari berjalan-jalan kami singgah

makan jagung bakar.Sejuk-sejuk best makan jagung lemak manis ni.

walaupun bimbang kembung perut,tapi kami terus menjamu selera
Lupakan....abaikan....jagung terus dijamah

Agenda kedua nyata berhasil.

husss puas...

semua lelaki dan perempuan berpuas hati

Terima kasih adik dan syed.

terima kasih daun keladi

bila nak gi lagi?


Bandung:Agenda 1

Beli belah


Kali ini kami memilih untuk ke Bandung.


Kami ke sana dengan membawa beberapa agenda.


Agenda kami yang pertama ialah membeli belah.




Agenda pertama ini amat disukai oleh kami kaum Hawa.


Sebenarnya kaum Adam kurang minat.


Tapi kerana mereka juga ahli rombongan


mereka kena akur pada permintaan golongan majoriti.


5 lawan 2.Pasti kami yang menang.





Barang yang mula-mula dicari ialah door gift


untuk perkahwinan Dik Nor.Kami memborong


di Pasar Baru.Sebenarnya sebelah malam


sebelum itu kami dah pergi mencari


barangan di pasaraya(lupa namanya).


Di situ tak banyak yang dibeli.




Di Pasar Baru banyak barang yang boleh dibeli.


Rambang mata dibuatnya.Untuk door gift kami beli beg oganza


dan kotak dari Cina.Hihih.




Walaupun kami sibuk membeli barang untuk majlis adik Nor,


tapi kami tak lupa kebajikan sendiri.Letih dibuatnya.


Pilih dan pilih.Letih tapi bahagia.




Kain sulam begitu banyak dan cantik.


Baju kebaya mengoda


tapi sayangnya....


Kain batik juga cantik....


Kami meninggalkan Pasar Baru hari ini bersama peniaga-peniaga

yang tekun menutup kedai.Tak apa ,esok kami datang lagi

bersama mereka yang akan membuka pintu kedai.



Esoknya seperti yang dirancang kami datang lagi.Datang dengan hajat.

Hari ini lebih tertumpu pada tempahan kad jemputan.

Kadnya agak cantik dan murah jika dibandingkan dengan

kad di Malaysia.
Sambil menempah kad,kami tak rugikan masa
Kami sedar masa itu emas,jadi kami terus meneroka
hihihi
tapi mereka terpaksa senyum dalam paksa...hahaha
Sebelum memborong kami sempat bergambar dengan buah-buahan.
Dan pasti kami membeli....
Semasa dalam perjalanan ke Puncak kami sempat singgah di kedai
yang menjual pelbagai jenis makanan,terutamanya kerepek.
Dan seperti biasa...

Mereka ini merupakan model makanan.ummmp...best
Agenda kami yang pertama nyata berjaya dan mencapai matlamat
sehingga bagasi kami melebihi had....huhuhu...hihihihi...