makan-makan
Banyak pilihan makanan untuk sarapan di hotel kami.
Tapi bubur ayam merupakan pilihan utamaku.
Tapi....yang lain pun aku makan juga.Hihihi
Selain bersarapan di hotel, tengah hari kami makan di luar,
kerana sepanjang hari kami merayap.
Biasanya kami dibawa ke restoran nasi padang yang terkenal.
Best ....tak terkata...
nak lagi...nak lagi
Nasi padang,lauknya banyak.
Semuanya best-best.
Semua ahli enjoy
Kami beruntung kerana pemandu pelancong kami (adik & syed)
biasa di Bandung...(tempat pertemuan-penuh sejarah)
Selain nasi padang kami juga makan masakan sunda.
Best jugak.tapi aku lebih suka nasi padang.
Pada satu malam kami dibawa ke sebuah restoran yang terkenal.
(sorry lupa lagi)Rasa-rasanya di sini ada kenangan manis buat mereka.
Di restoran ini banyak jenis sambal dan ulam.
Best sangat(best lagi...)
Jadi kamipun jadilah model iklan sambal...
hahaha....
Selain itu kami juga dijamu dengan bakso istimewa.
Di sini ramai artis Indonesia yang makan.Tapi pada masa kami
datang ,kami tidak ketemu mereka,hanya melihat foto-foto mereka.
Semasa di puncak,kami juga singgah mengisi perut.
Sebenarnya semasa di sini perut kami tidak pernah tidak berisi.
Alhamdullilah.
Minuman yang popular di sini ialah air aprikot(ye ke?)
Air ini amat diminati oleh adik.Aku pun...hihihi
Semasa pulang dari berjalan-jalan kami singgah
makan jagung bakar.Sejuk-sejuk best makan jagung lemak manis ni.
walaupun bimbang kembung perut,tapi kami terus menjamu selera
Lupakan....abaikan....jagung terus dijamah
husss puas...
semua lelaki dan perempuan berpuas hati
Terima kasih adik dan syed.
terima kasih daun keladi
bila nak gi lagi?
2 comments:
agenda ke 2 memang menarik..
semua suka..hihi
ya...ya..ya..
Post a Comment