Saturday, August 14, 2010

Bandung:Agenda 3

RONDA-RONDA
Agenda ketiga kami ialah ronda-ronda.
Iaitu ingin mengikut kata pepatah jauh berjalan luas pandangan.
Maka kamipun memasang niat untuk mengenal tempat orang.
Melihat budaya orang.
Mencuci mata dan pastinya mencuci hang beg.
Awal pagi 23.1.2009 kami dah tiba
di Bandara(Air port) Hussein Sastranegara Bandung.
Hanya Adik Nor dan Syed yang sempat bergambar
seketika kami mendarat.
Yang lain mungkin terlalu teruja
hingga lupa untuk bergambar.

Itu semua tidak menjadi hal kerana
ketika menunggu mobil tiba
sempat beberapa pos dirakam di lapangan terbang.
Malah setiba di Hotel Savoy Homann,sambil
menunggu untuk cheak in kami berposing lagi.
Lihatlah buktinya .

Kami berpecah kepada 3 kumpulan(3 bilik)
Bilikku ialah 213.Biliknya agak selesa.
Terima kasih kepada penganjur.

Pada malamnya kami meronda ke Carrefore di Sukajadi.
Tujuan kami untuk membeli door gift untuk majlis Dik Nor.

Carrefour ini juga dikenali dengan
Paris Van Java.
Kenapa ye?Lupa nak tanya
...sibuk membeli
Pada pagi 24.1.2009 kami bersiap sedia meneruskan misi.
Semangat berkobar-kobar.
Destinasi pertama kami ialah Jonas Studio-Studio gambar.
Studio ini agak terkenal.
Tujuannya untuk merakam gambar Adik Nor.
Untuk membuat kad jemputan.

Walaupun begitu kami perlu mengambil peluang.
Di mana saja kami perlu mengambil peluang.
Kami pun bergambar sama.
Dah lama rupanya tak bergambar di studio.

Setelah selesai bergambar,apa lagi...
jom ke pasar baru.

Pasar Baru memang mengoda.
Tengoklah betapa tekun mereka menjalankan tugas.
Hahahaha
Untuk makluman bukan sekali datang ke sini....
Setiap kali datang pasti tidak mengecewakan.

Esoknya kami berangkat ke Tangkubang Perahu.
Banyak legendannya.
Cuaca di sini amat sejuk
tambah lagi hujan renyai-renyai
dan angin bertiup kencang.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan
ke Ciatur(kolam air Panas)
Kami tiba di sini agak lewat
dan hujan masih renyai-renyai.

Di sini sekali lagi kami menggigil.
Kami mengambil kesempatan untuk merendam kaki
kerana katanya air panas ini dapat menghilangkan penyakit.
Di pertengahan jalan kami singgah makan jagung bakar.
Lega rasanya setelah melepasi bukit bukau.
Al-maklumlah....
Sempat temu ramah dan tawar menawar.
Jagung di sini ada 3 rasa dan jagungnya besar
best.....dan sempat menjadi model walaupun
ada ala-ala mabuk....
Keesokkan harinya kami ke Puncak.
Semasa pejalanan kami singgah kedai makanan(kerepek),
beli buah(entah apa namanya) dan
kami juga sempat singgah membeli tapai ubi.
Agak unik cara mereka mempamerkannya.
Seperti biasa kami sempat tidur dalam perjalanan.
Tiba di sana....uuuuu juga dingin bangat.

Pemandangan di sini lebih kurang di Cemeron Highland.
Kami sempat makan-makan di restoran di sini.
Dalam perjalanan balik kami tertidur lagi.(aktiviti sampingan)

27.1.2009 kami berangkat pulang.
Banyak peristiwa berlaku di lapangan terbang.
Antaranya:
-lebih muatan
(oh...kami tak bersalah tapi barang yang berat)
-Pak amigresem
(baru ku tahu kehebatan adikku-hihihi)



Bandung kami tinggalkan dengan pelbagai kenangan manis.
Tapi hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,
negeri sendiri juga aku sayangi.
Malaysia tanah tumpahku.

2 comments:

kaktus said...

maksud paris van java..
paris di Jawa..kunun2nya.

Unknown said...

oooo gitu ya bu.makasih....hihihi