Thursday, August 5, 2010

Bandung:Agenda 1

Beli belah


Kali ini kami memilih untuk ke Bandung.


Kami ke sana dengan membawa beberapa agenda.


Agenda kami yang pertama ialah membeli belah.




Agenda pertama ini amat disukai oleh kami kaum Hawa.


Sebenarnya kaum Adam kurang minat.


Tapi kerana mereka juga ahli rombongan


mereka kena akur pada permintaan golongan majoriti.


5 lawan 2.Pasti kami yang menang.





Barang yang mula-mula dicari ialah door gift


untuk perkahwinan Dik Nor.Kami memborong


di Pasar Baru.Sebenarnya sebelah malam


sebelum itu kami dah pergi mencari


barangan di pasaraya(lupa namanya).


Di situ tak banyak yang dibeli.




Di Pasar Baru banyak barang yang boleh dibeli.


Rambang mata dibuatnya.Untuk door gift kami beli beg oganza


dan kotak dari Cina.Hihih.




Walaupun kami sibuk membeli barang untuk majlis adik Nor,


tapi kami tak lupa kebajikan sendiri.Letih dibuatnya.


Pilih dan pilih.Letih tapi bahagia.




Kain sulam begitu banyak dan cantik.


Baju kebaya mengoda


tapi sayangnya....


Kain batik juga cantik....


Kami meninggalkan Pasar Baru hari ini bersama peniaga-peniaga

yang tekun menutup kedai.Tak apa ,esok kami datang lagi

bersama mereka yang akan membuka pintu kedai.



Esoknya seperti yang dirancang kami datang lagi.Datang dengan hajat.

Hari ini lebih tertumpu pada tempahan kad jemputan.

Kadnya agak cantik dan murah jika dibandingkan dengan

kad di Malaysia.
Sambil menempah kad,kami tak rugikan masa
Kami sedar masa itu emas,jadi kami terus meneroka
hihihi
tapi mereka terpaksa senyum dalam paksa...hahaha
Sebelum memborong kami sempat bergambar dengan buah-buahan.
Dan pasti kami membeli....
Semasa dalam perjalanan ke Puncak kami sempat singgah di kedai
yang menjual pelbagai jenis makanan,terutamanya kerepek.
Dan seperti biasa...

Mereka ini merupakan model makanan.ummmp...best
Agenda kami yang pertama nyata berjaya dan mencapai matlamat
sehingga bagasi kami melebihi had....huhuhu...hihihihi...

2 comments:

kaktus said...

HAHAHA..KELAKAU POST KALI NI...I LIKE..
NAMA PASARAYA TU PARIS VAN JAVA..
DI SUKAJADI.

Unknown said...

ooo....lupa...