Thursday, December 3, 2009

Sucikan hatiku




Bulan lepas
hatiku membuak marah
jiwaku memberontak geram
betul-betul marah
betul-betul geram
betul-betul terkilan
dendam tiba-tiba bertandang

Tika itu aku bermonolog:
Kali ini aku tak kira
Ada ubi ada batas
ada hari akanku balas

lembutku diambil kesempatan
diamku jadi sasaran...
Aku nekad akan ku pulangkan paku buah keras

Aku amat yakin aku boleh pulangkan balik
kerana dia juga tidak sempurna
malah kadang-kadang lebih dari aku
tapi bezanya dia pandai berkata-kata
Tapikan Allah Maha Kaya
pasti suatu hari dia dan orang lain akan sedar juga

Hairannya
aku tidak pernah usik
tidak pernah jentik
tidak pernah pertikai
apa yang dia buat
kenapa dia begitu iri dengan aku sejak dulu hingga kini?

Syaitan terus menghasut agar aku bertindak kali ini
dalam sedar dan bersalut kemarahan yang meluap
aku balas dengan 4 patah perkataan berbentuk pertanyaan
aku perlu beri dia kesedaran ,pengajaran dan peringatan

dan sejak itu aku rasa
dia mula berhati-hati ketika berbicara
adakah dia mula sedar dan tahu
bahawa aku juga punya perasaan
atau hanya lakunan semata

Tapi apa pun...
setelah hati mula sejuk
setelah fikiran mula waras
aku teringat pesanan ustaz ketika aku bergelar pelajar
jangan bertindak ketika hati sedang panas

Lalu...
Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku menghadapi
insan sepertinya
Kau pulangkanlah hatiku dulu
yang tidak mengenal erti dendam
Kau sucikanlah hatiku Ya Allah
Semoga aku KAU sayangi

dan Ya Allah
Kau berikanlah dia hidayah
semoga tiada dengki di hatinya
semoga dia sedar keterlanjuran katanya
yang menghiris hati dan jiwaku
kerana sesungguhnya ENGKAU yang lebih
tahu dan berhak untuk menghukumnya
amin...

Tuesday, December 1, 2009

kronologi bergambar

Raya Haji 2009 : 
Beraya di Kuala Lumpur
1.Kehadiran:
merayakan di ibu kota 2009
Mi

Kami sekeluarga

Di sekeluarga

Adik sekeluarga

Adik Nor & Haris

Ayah Chik,Ayah Su dan keluarga
Alzalia
2.Aktiviti yang dijalankan

...yang melambangkan kewanitaan

...menyambut tetamu
...menghias diri
...makan-makan
...satu...dua...tiga...klip


3.Sesi Lawatan


Rumah Di


Rumah Ayah Chik


4. Tidak hadir bersebabZu dan keluarga beraya di Dubai
walaupun kami kehilangan mereka tapi tumpang
gembira kerana anak-anak dapat beraya bersama mereka


Emi dan keluarga beraya di Kuantan
Walaupun kami kehilangan mereka tapi kami faham
mereka perlu beraya di sana kerana mak Asha ke Mekah
Jadi tinggal abah Asha dan adik2
pasti mereka merinduinya...

Wednesday, November 25, 2009

warisan ninda/tok




Aruah Tok Pah terkenal kerana kepakaran membuat nasi dagang.


Dia pernah menjual dan mengambil tempahan.Dia hanya



menjual di jemoran rumahnya aja.Sekejap saja dah habis.



dia terkenal di Kampung Raja kerana kepakarannya.



Selain nasi dagang tok juga selalu buat tepung kapur



ala-ala kosui tapi diperbuat dari tepung gandum dan



dipotong nipis-nipis.






Tok juga jual pulut lepa.Ramai peminatnya.

Tok juga mahir buat apam,apam bakar dan apam kuah.


Apam bakar,jika tok tambah telor lagi best...



Apam kuah tok teramatlah best.Aku tak pernah


jumpa lagi apam kuah sesedap apam tok.Tepung


beras untuk buat apam tok kisar sendiri dan kami


cucu-cucu turut menyibuk untuk tunjuk kemahiran mengisar.


Kuah apam tok best.Kak Nab dapat sikit ilmu ni.


Aku hanya tahu salin respi dari kak nab setiap kali


jumpa,tapi tak pernah buat.




Tok juga pandai buat akok nisan(berkedut)Tok bakar


dengan sabut kelapa.Wangi akok tok menusuk hidung.

Sayangnya kepakaran itu tidak dapat pada aku kerana semasa


hayatnya aku tidak berminat untuk memasak yang


aku tahu makan saja.Sekarang bila tok dah tak ada baru aku


cuba belajar,pastinya tak sama dengan masakan tok.










aku pun...



Ini buah puttt....kenapalah diberi nama ni?ke kerana impak
selepas makan?hehehe....kuih ni dibuat dengan ubi kayu
dan inti ikan.Best....mi amat suka kuih ni...
sebenarnya aku pun....
Kuih ni namanya mas jeput.abang suka kuih ni pasal
ada kenangan manis semanis kuih ini...
kuih ni dulu merupakan salah satu hantaran
semasa kami kahwin,hehehe
abang sukaaa kuih ni...
sebenarnya aku pun....
Ini kuih kesukaan Di,Pindang Tapai.
jika jemput berbuka puasa aku
akan cuba buat kuih ni pasal aku tahu dia suka kuih ni
sebenarnya akupun...



Ini pula repok kacang,kegemaran Zu.Kacang ini
digaul dengan kelapa.Sejak kecil Zu suka
kuih ini
sebenarnya aku pun...

Kuih Qhasidah ni pula kesukaan adik ani.
Kuih ni banyak terdapat di Terengganu.
Rasanya manis dan dicampur dengan minyak sapi
tapi aku tak pernah buat,cuma tahu beli jee..
adik suka kuih ni tak kira masa mengandung atau tidak
sebenarnya aku pun....

Emi pula suka ketupat sotong.Sotong yang diisi
dengan pulut,manis tapi tak hanyir.
Asha pun selalu buat sekarang
mereka sekeluarga suka sangat
sebenarnya aku pun...

Puding berkuah ni pula kesukaan adik nor.
Dia generasi baru....suka yang dah sikit moden.
Tapi masih maniss...
sebenarnya aku pun....
Tuntasnya terbukti bahawa aku johan kerana kesemua
makanan tadi juga adalah kesukaanku
hehehe
patutlah aku seperti aku sekarang
hahaha





AFAMOSA RESORT


Mula-mula melangkah ke AFoamosa Resort pada petang 26.10.09
aku beratur untuk mendaftar bilik,menyerah kertas kerja,
menyerah bahan Power Point untuk tugasan kerja,mengisi
borang dan... dan... dan... akhirnya aku lega.Selesai babak 1.
Babak 2 aku melangkah ke bilik dengan pelbagai barangan.
Bilik 2322 jadi bilik penginapan.Apabila masuk aku lihat gambar
tergantung di dinding.Uuuuuuuu tenang,rumah idaman.
Daripada tingkap mata terpaut pada
lambaian daun kelapa.Aman,tenang,di sini
aku belajar dan baca,entah yang mana
akan diuji.
Malamnya kami diberi taklimat di Dewan Tun Teja dan Istana.
Selepas itu kami diberi tajuk kumpulan.Kumpulan kami
mendapat tajuk:
Tiada dulu tiada sekarang
Tiada guru tiada orang
27.10.09 aku diuji dengan Public Speaking TK4 DG 48(P&T)
KOHOT 5/2oo9 bertajuk Smart partnership between private
enterprise and public schools.Aku calon keempat.Aku kagum
dengan kebanyakan calon yang bercakap begitu lancar dan selamba.
Aku???Hahaha ok jelah.....
Tiba di bilik ,selepas solat aku lihat ada miss call dari Puan Pauziah.
Aku call balik,sebenarnya dia ada hajat tetapi apabila dia
mengetahui aku menghadiri PTK dia terus memberi tip-tip
yang dia dapat.Syukur alhamdulillah.walaupun ada
antaranya yang aku telah tahu tetapi ia menyegarkan semula
seolah-olah aku diberi pengukuhan.Syukur Ya Allah.
Dia mencadangkan aku menghubungi seseorang.Ya aku adalah aku.
Aku segan.Lama aku mengambil masa untuk menghubungi dia.Pelbagai
perkara bermain di minda.Akhirnya aku beranikan diri untuk hubunginya,
tetapi hanya melalui sms.Takut,segan...dan aku menerima balasan smsnya.
Terharu menerima sms daripada orang yang telah lama jauh...
Jika dia lupakan aku pun ,aku tak hairan kedudukannya yang pasti sibuk
dengan pelbagai urusan.Tapi dia menghantarnya di saat aku termangu-mangu.
Smsnya berbunyi:
Ya Allah,anugerahkanlah kejayaan cemerlang kepada insan
yang aku kasihi ini.Berikanlah balasan baik yang setimpal
dengan jasa dan pengorbanannya.Kabulkan doaku YA ALLAH!
Aku terharu..... tapi bersemangat....
28.10.09 pukul 8.00 pagi bermula satu lagi debaran.
Pembentangan individu-PENILAIAN PENGURUSAN KERJA.
Kami dinilai oleh dua orang penilai. Aku memilih sekolah
berwatak iaitu hoki.Tajuk ditukar di saat akhir,mulanya aku
nak buat Karnival Jualan tetapi akhirnya tajuk ini aku cuba
bentang moga memenuhi kehendak........

29.1o.09 persembahan kumpulan.Alhamdulillah
semua ahli memberi komitmen yang baik.
aku teringat antara dailog yang digunakan
tiada dulu tiada sekarang
tiada guru tiada orang
ada sekarang ada dulu
ada orang ada guru
dulu dan sekarang dalam ingatan
guru dan orang saling berkaitan
tenang2 air di laut
sampan baru mudik bersama
hati mengenang mulut menyebut
budimu guru abadi selama

30.10.09 kemuncak penilaian.Kami diberi rangsangan berbentuk
tayangan video dan menulis kertas renungan
selama 1 jam 15 minit.
Setelah berehat buat seketika,kami diuji
pula dengan penilaian bertulis.Kami diberi masa
1 jam 20 minit untuk menjawab 2 soalan.
Selepas itu husssss lega.

Tuesday, November 17, 2009

good luck






abang safuan,



buat yang terbaik



sertakan dengan doa



insyaallah pasti 10 A



akan diraih.




Inn,


buat yang terbaik untuk last paper


hari ni...


mama yakin inn boleh


do your best.


untuk semua anak,anak-anak saudara,anak-anak didik,

Doa moga Allah bersama kalian
Moga kejayaan cemerlang milik semua
dalam apa jua perjuangan anda...






Saturday, November 14, 2009

SELAMAT HARI JADI SAYANGKU,

LAGU INI DITUJUKAN KHAS UNTUKMU...



Lirik Lagu Selamat Ulangtahun Sayang

Imran Ajmain


Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita


Chorus


Selamat ulang tahun sayang

Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita ‘kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang

Janganlah engkau tak terbang pulang

Ku nanti penuh kerinduan

Selamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia

Kerana setia yang mencipta bahagiamu