Sunday, November 8, 2009

membawa hajat



Puku 4 pagi dah bangun dan bersiap
demi membawa hajatanak kesayangan.
6.35 bersama Mi turun makan.
Emi danAlong makan di KFC...
Abah tak lalu makan
kerana menunggu abang2 Azalia datang,
seperti yang dijanji
pukul 7.00 mereka datang ambil di hotel.
Mereka pergi makan di Kedai Normah
(ingat...kerana di situ antara tempat yang sering kami kunjungi)
Pukul 7.45 pagi kami bertolak dari hotel menuju ke Meludam.
Kami melintasi Bintangor lebih kurang pukul 8.35 pagi.Sepanjang perjalanan,pemandangan lebih kurang macam selepas Kg.Raja ke Gong Kepas dulu-dulu ataupun mungkin lebih kurang Kuala Krai ke Gua Musang.(Pemandangan iniaku lihat semasa balik,masa pergi banyak terlena,bukan tidur...)Kami tiba di jeti /feri lebih kurang pukul 9.45.Tiba di sana alhamdulillah feri dah ada dan kami lihat Cikgu Abdullah ada di belakang.Rupanya mereka ikut dari belakang.Semasa di atas feri Mi dapatlah bertanya khabar dan tanya cara-cara. Dari jeti ke meludam lebih kurang 20km dan
kami sampai pukul 1015 pagi.
Lega kerana sambutan baik daripada mereka.

Mi jadi pemudahcara,perunding.
Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Kata sepakat dibuat,majlis seterusnya
pada bulan 6.Kami dijamu air serta karipap dan wajik.
Aku mula dupdapdupdap.Selepas itu hussssssssss lega.
Kami dijamu nasi sebelum balik.
Keseluruhannya aku bersyukur.

Masa nak balik Cikgu abdullah,Haji Dahlan dan bapa Alzalia
bawa kami ke jeti nak ke Sembuyau iaitu jalan dekat nak ke
Kucing.Guna Bot laju.Sungainya luas...aku rasa orang senja tak
digalakkan menggunakan bot ini.Hafiz ok kot...itu pun kena
fikir 2x kerana bimbang lebih muatan.
Tuang2 dan puang2 sila sediakan cuti.hehehe hanya untuk
majlis,jalan2 rasanya kureng sesuai...Satu hari dah cukup untuk
ronda and ronda.


Semasa balik kami singgah di Sarikei ,masa ni baru kami jumpa
Public Bank.Kami singgah minum dan makan roti telur dan roti
sardin.Cari Kedai nasi dagang,tak jumpa.Kami sampai ke hotel
lebih kurang pukul 7.30.Semua orang macam pengsan termasuk
kembang pagi-tertidur sampai pagi.Aku je sempat turun kejap
ke lobi untuk tulis blog-mungkin kerana hati dah lega kerana
hajat anak telah tertunai.


Cuma mama harapkan moga anakku ini
menghargai cinta mereka hingga bila-bila.
Sukar untuk merentas lautan,rimba dan danau
moga cinta kalian hingga ke mati.
Jangan ada orang lain selain
dia,jika itu pilihanmu.
Tetapkan pendirian dan iman kerana
tiada insan bernama wanita
yang ingin kasihnya dikongsi.
Mama dan abah malah seluruh keluarga kita
restui cinta ini...
semoga terus bahagia ke akhir hayat.
Amin

Saturday, November 7, 2009

teka teki dari sarawak

1. Di Sibu
berselimut tapi tak tidur
disusun ditindih begitu teratur


hanya memerhati yang mara dan yang undur
tapi sayang tak pandai bertutur
di pasar besar sibu ia beratur

siapa saya.....
2. Di sarikei
seperti lembu dilepas di padang


tapi rumput tidak dimakan
kaki diikat tali bukannya benang
dipacak kukuh di tanah lapang

siapa saya....
3. Di perjalanan selepas Bintangor

Di semenanjung , melekat pada batangnya
Di sini,terikat pada talinya

siapa saya....

Saturday, October 31, 2009

penuh kenangan


Cross Steach merupakan antara aktiviti masa lapangku
suatu ketika dahulu.Malah menjadi kegilaanku.Yang
panjang ni aku buat masa di Kuala Krai lgi.Ada satu lagi
yang sama panjang tapi bunganya bunga mawar....
tapi dah lama pecah ,tak baiki-baiki hingga sekarang.

Yang ini aku buat sempena ulang tahun perkahwinan kami yang kelima.
Bina masjid,semoga cinta kami tetap kukuh dengan keimanan.



My room and our room merupakan antara hasil kecil tapi penuh makna.
Kini tiada lagi our room...dah jadi milik perseorangan....


Seperti yang pernah disebut ini rumah idaman.
Ada sungai dan bunga.Best....juga rumah di tepi sungai.Memang sejak dulu
sukakan suasana ini.




Ini juga rumah idaman,dikelilingi bunga-bunga.
Hasil tangan sempena ulangtahun ke-13.
Bunga di rumahku semakin hilang tapi
masih kekal dalam gambar dan anganku.
hehehe

Juga laman yang dihiasi bunga-bungaan
Ini aku buat sebagai hadiah Hari jadi Inn pada 7.6.1996 iaitu ketika
dia berusia tujuh tahun.Banyak lagi CS yang aku buat,masih ada
walaupun ada yang dah rosak.Selain CS aku juga buat long steach.Ini aku buat sebagai hadiah hari jadi
Izzat.Seronok tengok budak ni tidur,tenang.

Yang ini aku buat semasa menunggu Izzat di IJN.Pembedahan demi
pembedahan.Cadangan awal ingin dihadiahkan kepada Dr. Mazni yang
membantu Izzat tapi tidak jadi berbuat demikian.
Ini untuk Izzati sempena hari jadinya juga.

Selain bunga aku juga suka pada buah-buahan.ini aku buat pada 1996.
Kini aku tidak lagi aktif kerana mata sudah kurang mengizinkan...
Ini merupakan hasil terakhir yang dibuat sempena pertunangan Puteri
Bongsu.Minatku dapatku hasilkan untuk insan tersayang.Mungkin
juga hasil yang terakhir.....

koleksi

minyak wangi
bunga-bunga tembikar
mug n balang
dari Iran
buah-buahan

bunga lama-tradisi

mawar oh mawar


sejambak mawar
pinggan mangkuk
wall paper
hiasan
langsir
baju

mawar putih

jiwaku


1.Menjahit

Sejak dulu aku suka menjahit.Tapi bukan menjahit baju.
Yang aku buat hanya CS dan LS.Banyak yang aku buat.
Sampul bantal baby,Chair back,alas meja,hiasan dinding dll.
Ia memberi kepuasan padaku.


2.Buku Skrap

Sejak gadis sunti aku suka buat buku skrap.
Dulu Mi langgan akhbar dan majalah.Habis gambar-gambar
menrik aku gunting dan tampal dalam buku yang telah digunakan.
Antara bahan yang terdapat dalam buku aku ialah resepi masakan,hiasan
dalaman,hiasan taman,gubahan pengantin,pelamin,baju pengantin
dan lain-lain yang menarik.


Jika aku asyik menggunting dan menampal aku tak sedar pukul
2 pagi.Menyeronokkan....dapat kepuasan.

3.Bergambar

Aku juga suka bergambar.Ambil gambar sendiri.
Tapi kamera aku dulu taklah macam ni....yang biasa aje.
Itu pun Mi dan Bat beli kerana Mi pun minat jugak...
Bila ke U,biasiswa pertama aku beli apa?
antaranya kamera.....hehehe minat....
Atau aku ke Jerteh dengan Ros.Ambil gambar di kedai
Lee Hock,kira pelanggan tetaplah masa tu...
Sekarang diikuti oleh Izzat.
4. Menanam bunga


Suka sangat pokok berbunga tapi taklah sampai
cium hingga masuk ke hidung(sorry!!!)
Pasal tahap kekhusyukanku tidak terlalu tinggi.

5. Membaca Novel dan menulis
Suka baca buku cerita dan novel termasuk novel pensyiasatan.
Juga suka menulis tapi lepas kahwin aku mula tidak
menulis lagi kerana tak punya masa.

6. Window shoping

Satu lagi yang aku suka hingga kini ialah window shopping
terutama bahgian hiasan rumah.

7. Jalan-jalan

Sekarang suka jalan-jalan bak kata pepatah jauh pejalanan luas pengalaman.
Aku juga sekarang dapat satu keseronokan baru iaitu menulis di blog.
lega dan ada peluang kembali ke zaman lampau...
Tapi banyak aktiviti yang menjadikan jiwaku tenang telah aku
tinggalkan.Masa dan usia menentukan...