Wednesday, January 6, 2016

hati oh hati

 



hari ni sepatuttnya mula kemoterapi
 di day care hukm
temujanji kol 8
seperti biasa sebelum 8 dah sampai
serah kad...tunggu
borak2 kecil dengan adik sebelah
dia tanya dah tanda katil ke?
ooo kena tanda ke?
dapat ilmu baru


gi ukur tinggi...159
ehhh dah makin rendah ke...
dulu 160 kata mereka
yang mana betul...alah abai jelah
timbang...biarlah rahsia...hahaha
ambil tekanan darah....166
wowww tingginya....laaaa pagi ni lupa ambil ubat
ambil darah...ehhh hari tu dah ambil
ambil sikit lagi...pasal ada satu bahagian penting doktor tak tanda
alahaiiii
tunggu lagi...jumpa doktor
doktor kata tak leh wat hari ni
laporan menunjukkan ada masalah hati
hati bengkak sikit....ada lemak
ada beberapa punca
salah satunya kolestrol(memang mama tinggi)
adussss
doktor minta ambil darah lagi...
hari ni tak boleh ...tak puasa
datang esok...ambil darah
mereka akan periksa semua
termasuk hepatitis dan hiv
supaya tidak bahaya masa kemo nanti
kerana ketika itu sel semua mati
mama akur...doa terus dipanjatkan
semoga Allah kurniakan yang terbaik
dan berharap ada hikmah di sebalik kejadian
tapi mama perlu terus happy
kan?


 




No comments: