Tuesday, January 5, 2016

ruang hinggap




Izzat cuti seminggu
Mama berpakat dengan izzat nak mulakan projek
Nak  cat bilik bawah
Dah lama berhajat
Dah lama buat permohonan
Tapi bertangguh je
Macam tak serius je
Mama je yang beria-ria


Selepas tahu mama memang kena kemo
baru abah mula bersemangat
Izzat on je
Yelah buat persediaan untuk kemo
Boleh mama berehat pada waktu siang
Tak payah turun naik
Malam je naik tidur kat atas
Taklah letih sangat kan…

Bukan nak beria2 sangat pun
Sekadar sejuk mata memandang
Selesa di perbaringan
Mungkin dapat meredakan kesakitan




No comments: