Tuesday, January 5, 2016

hari minggu

Ahad : 3.1.16

tak perasan zainuliza call semalam
pagi ni dia call lagi
baru perasan ada miss call
dia nak datang kerana 3 hari lagi mama nak kemo
sebenarnya hari tu dia pun jalani pembedahan
pembedahan lutut
tapi mama tak sempat gi ziarah dia
kerana mama pun dalam wad tika tu
dan hari ni dia pula nak datang
dengan puterinya ...tq liza dan adriana


sebenarnya rumah agak berkecah
kerana tengah buat operasi kat bilik bawah
hari ni angah bergabung dengan kak alzalia
tukar kipas ...pasang cermin dan langsir
bilik bawah sebelum barang sampai


petangnya ayah cik dan keluarga pulak sampai
yelah...esok sekolah dah buka
anak2 dah sekolah...
mesti misi hantar dan ambil anak2 dah bermula
aktiviti makin padat


malamnya...
kami ke JJ
beli cadar untuk bilik bawah
beli minuman dan makanan
untuk persiapan kemo nanti
moga semuanya dipermudahkan
amin







No comments: