Friday, March 28, 2014

salam permulaan

 28.2.13

kain pelekat kain basahan
buah tangan untuk si insan
juga untuk bakal besan
sebagai lambang sebagai kiasan

kerana sudi berkunjung ke rumah
telekung dihulur sebagai hadiah
dalam kotak berwarna merah
sempena mereka  nak gi umrah



cream  puff juga turut diberi
pemanis mulut sebagai seri
tanda iklas dari sanubari
untuk dibawa pulang nanti

dibungkus2 diikat2
sebagai janji telah terikat
rasa cinta terus tersemat
moga Allah memberi rahmat

bukan hantaran bukan pinangan
hanya oleh-oleh dibawa pulang
setelah datang untuk berkenalan
agar yang jauh dapat dekatkan

satu langkah selesai sudah 
syukur kami tak sudah-sudah
segalanya telah dipermudah
semoga mendapat rahmat Allah



No comments: