Alhamdulillah
syukur ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah izinnya
kita dapat bersama-sama
dalam Majlis Lambaian Kasih Junjungan Budi
sempena perpisahan Tuan Pengetua
ke SMK Seri Keramat pagi ini.
Seorang
demi seorang melangkah pergi
tinggallah
kami menghitung hari
terus gigih
menabur bakti
menghabiskan
usia yang masih berbaki
untuk
mendidik putera dan puteri
semoga
bakti direstui Illahi
Sering
benar kita dengari
patah
tumbuh hilang berganti
ungkapan
sedih terkesan di hati
tapi,
kami akur pada realiti
yang
datang pastikan pergi
pergi
tuan menyambung bakti
agar
disayang dan dihormati
di
sekolah baru yang sedang menanti
Pada kesempatan ini
saya
ingin mengucapkan
jutaan terima kasih
kepada En. Mursiedy
yang mengemudikan
sekolah ini
selama 3 tahun.
Kerana
sepanjang tempoh saya mengenali beliau ,
beliau
tidak kering dengan idea dan curahan
bakti
susah
senang sama dikongsi
tidak
lokek pendapat diberi ,
rasional
bertindak berhati-hati
cuba
memenuhi semua hati
tegas
tapi baiknya hati
bahkan
seorang pendengar
Terima
kasih juga kerana
pernah
sirami diri kami
dengan
kata-kata semangat
pernah
taburi hati kami
dengan
pesanan berguna
pernah
mengisi minda kami
dengan
curahan ilmu
dan,
air setitik dilautkan
tanah
sekepal digunungkan
Pada
saya tuan umpama
induk
benih yang baik
setiap
bibit semuanya tumbuh
yang
tinggi menjulang ke awan
yang
rendang menjadi tempat berteduh
yang
kuat menjadi pendinding
Tuan,
Dalam melayari hidup di bumi ini,
dugaan dan cabaran sentiasa menanti,
menusuk setiap arah, kanan dan kiri,
dari yang suka dan
juga yang iri
yang jelas dan yang tersembunyi
Jadi...
kuatkan iman binalah kekebalan diri,
iktibar dari ikan di dalam laut yang didiami,
masinnya air laut tidak terperi,
dagingnya tetap tawar bila dirasai....
Sebenarnya
kami masih memerlukan tuan
untuk
menunjuk jalan
menyuluh
yang kelam
memberi
panduan
tapi
tak kesampaian
Kami
sedar
setiap
pertemuan pasti ada perpisahan
sudah
jadi lumrah alam
dan begitulah
antara pengorbanan
yang
terpaksa kita telan
agar
memberi ruang
memberi
peluang
untuk
membaiki kesilapan
untuk
membuat perubahan
demi menempa
kejayaan
selagi
hayat di kandung badan
Tuan,
doa
kami tak pernah lupa
agar tuan sihat sentiasa
agar
tuan tenteram terbela
agar
gembira di mana saja
agar
bahagia bersama keluarga tercinta
agar
di sekolah baru rasa selesa
agar
segala budi dan jasa
Tuan,
Maafkan semua kesalahan kami
maafkan segala kekurangan kami
ampun maaf
Maafkan semua kesalahan kami
maafkan segala kekurangan kami
ampun maaf
andai
langkah kami tersandung luka
bicara kami menyentuh rasa
tingkah
kami berbekas lara
Jika
berbaki rindu bertakta
jenguklah
kami barang seketika
jika
dirangkul riang dan sayu
kirimlah
berita di angin lalu
jika kita
berselisih bahu
tegurlah,jangan
buat tak tahu
kerana
kami ni permalu
Tuan,
Selamat
bertugas di tempat baru
Semoga
Allah sentiasa memberkatimu
Kini umpama belayar telah sampai di pelabuhan
umpama
berkayuh telah sampai di muara
umpama
berjalan telah sampai di destinasi
Terbang sekawan si burung helang
Terbang seiring burung kedidi,
Walau wajah kian menghilang,
Kenangan tetap kekal abadi.
No comments:
Post a Comment