Friday, March 21, 2014

pak ngah

 8.2.14

Kami menerima berita Pak Ngah sakit
maka kami mula merancang bila nak balik
kerana hubungan kami agak akrab
bila ye...minggu yang padat

lalu cadangan pertama
sabtu minggu ni mama ada larian sekolah
jadi lepas larian kita terus balik
tak yah balik rumah
ambil mama terus balik kampung

tapi setelah fikir-fikir
abah kata tak leh
abah letih...almaklum abahkan dah tu...a
cepat ngantuk dan letih bila memandu pada jarak jauh
kalau balik Sabtu....Ahad dah balik KL
kerana Isnin dah kerja

ok balik minggu depan...
gi sekolah dapat pula berita
sabtu minggu depan
ada majlis 2 dalam 1
untuk 2 orang yang bersara 
dan 3 orang yang pindah
alahai....

akhirnya otak geliga mama bagi idea
ok abah balik dulu hari Jumaat
mama balik naik flight selepas je larian sekolah...
ok set...
along hantar ke LCCT
abah dan mak ambil di KB

 Sebenarnya semua perancangan Allah
telah diatur...telah tersurat
abah sempat jumpa pak ngah...
mama pun walaupun tika mama sampai
pak ngah dah tak kenal mama
dah tak buka mata
tapi Allah permudahkan...
subuhnya....Allah telah menjemput Pak Ngah
Moga Pak Ngah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Ketika kami hampir siap mengurus jenazah
tiba-tiba kami  dapat berita
mak pula jatuh...dan dibawa ke Hospital Jerteh
darah rendah
mungkin kurang tidur dan rehat
Tapi...syukur sebelum kami balik ke KL
keadaan semakin pulih
kami menarik nafas lega












No comments: