Thursday, October 4, 2012

gerak hati

ibu...
punya gerak hati yang kuat
sering ada kebetulan
kalau tidak tepat pun
ada juga sipi-sipi


jadi jika ada gerak hati yang buruk
pasti mama cepat-cepat berdoa dan memohon
agar dijauhkan...
dihindari..

kerana anak-anak
kadang-kadang banyak ragamnya
ada masa berterus terang
ada masa sembunyi-sembunyi
dengan pelbagai alasan

dan mama rasa
gerak hati mama baru-baru ni
makin jelas menunjukkan bukti


apa pun mama doakan semoga selamat
hati-hati meniti kehidupan
hidup ini tidak seindah impian
moga setiap tindakan
melalui jalan yang diredai Allah


Jika di persimpangan
berdoalah
dan jika itu yang terbaik
setelah memohon pada Allah
barulah ikut kata hati.


Yang penting mama mahu
anak-anak mama
beroleh kebahagian di dunia
dan juga di akhirat.
AMIN







2 comments:

chalk is talking said...

jeng..jeng..jeng..merpati 2 sejoli??

Unknown said...

jadi ibu rupanya tak putus2 diburu gelisah dan saspen.hanya mampu berdoa