Friday, March 18, 2011

5 Ehsan

Semasa mengemas Bilik Akses
Semasa mengosongkan bilik seperti yang diarah
mama terfikir....tugas mamakah ini?
cepat-cepat mama tukarkan saluran
mama lakukan kerana Allah....


Mama buang itu...
mama buang ini...
tiba-tiba mama terpandang hiasan lama
terbayang wajah-wajah manja 5 Ehsan
beberapa tahun yang lepas

Ma tatap kad hari jadi,hari guru dan hari ibu
kerana Mei mencatat 3 detik istimewa buat mama

Kreatif 'anak-anak' mama
Kad itu begitu unik
Kad itu sebesar kad manilla
Siap dengan sajak...
nanti mama salin balik buat kenangan
Anak-anak 5 Ehsan 2006
masih terbayang di ingatan
Dan dalam sampul ini
dimasukkan nama-nama mereka
moga ingatan bersama kemas tersimpul.

2 comments:

kaktus said...

bestnya...ada ramai "anak"

Unknown said...

hihihi...subur...