Sudah lama mama berhajat untuk
ke i-City....
Tapi...tidak menjadi kenyataan
kerana
abah tak berminat
(dah tua-hihihi)
anak-anak?
mereka dah pergi....
Itulah yang mengoda
apabila mama melihat kerlipan cahaya
dari gambar mereka
Tanpa diduga
malam itu pak cik memberi cadangan
yang begitu bernas
Dan...yang lebih-lebih dan lebih tidak diduga
abah bersetuju...
Pelik dan ajaib
abah bersetuju untuk ke i-city
setelah pulang dari majlis persandingan Ku An dan Farhana
Hati mama berbunga riang
waduh...indahnya kerlipan cahaya
untuk memasuki kawasan itu
kami dikenakan RM10
Selain tarikan cahaya
kami juga jadi tumpuan(perasan)
Masakan tidak...
kami dengan berbaju kurung
dan berbaju melayu-siap bersampin dan bersongkok
Bersemangat betul
bisik hati di awal perjalanan
Belum pun habis separuh penjelajahah
mama pula pelahan...
konon-konon menikmati keindahan
walhal kaki dah lenguh...
lalu pelahan-lahan mama berpatah balik
ke tempat kereta
sebelum Tok Mi telefon
Sebelum abah ajak balik
Huhuhu...rupanya mamapun dah t...
semangat saja lebih
tapi...
tenaga telah berkurang.
2 comments:
ohhhhh...sungguhhhh tidak aciiiiii~~~
hihihi...humyra pasti suka tengok cahaya
Post a Comment