Wednesday, March 16, 2011

KATA MAJMUK

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu(mendokong sesuatu konsep)

ü -Hubungan makna antara kata dasar yang membentuknya sangat erat hinggakan tidak boleh disisipkan unsur-unsur lain.

ü -Kata majmuk dieja terpisah,kecuali 15 kata yang sudah dianggap mantap iaitu:

1. Antarabangsa

2. Suruhanjaya

3. Kerjasama

4. Matahari

5. Jawatankuasa

6. Tandatangan

7. Beritahu

8. Tanggungjawab

9. Warganegara

10. Bumiputera

11. Setiausaha

12. Pesuruhjaya

13. Sukarela

14. Kakitangan

15. Olahraga

Jadi....yang lain-lain ditulis secara terpisah.

Contohnya tengah hari....


No comments: