Saturday, September 29, 2012

teater


Teater sekolah mama johan peringkat daerah
dan seterusnya johan peringkat negeri
tahniah semua.



Beberapa orang murid mama
dihantar ke kem teater kebangsaan
bersama-sama sekolah-sekolah
menengah dan rendah seluruh negara.


Ketika di sini juga
mereka mendapat beberapa kemenangan.
Tahniah sekali lagi


Sekolah kami juga diundang
membuat persembahan semasa majlis penutupan.


Hihihihi...
tapi sebenarnya di belakang tabir
kami mempunyai masalah
masalah kos...
maklumlah sekolah pinggir bandar.


kosnya agak tinggi...
jadi...untuk ringankan sikit
mama secara sukarela menjemput murid-murid mama
di sana
untuk menjimatkan kos pengangkutan


Itu aja yang mama mampu menolong
sebagai sokongan moral
terima kasih semua
kerana mengharumkan nama sekolah...

Friday, September 28, 2012

Dari Along


Sehari sebelum mama ke Hanoi
Along dan teman-temannya
 ke Perth Australia


Mama ingatkan along balik
sehari lewat dari mama...


Tapi...
tika mama tiba di rumah tengah hari tu
mama tengok kasutnya
dah ada...
dia baru saja tiba...


Dia dah call mama tapi tak dapat
alosss
kalau tidak boleh balik sama-sama...


Sebagai ingatan
along belikan souvenir
suka...suka...




Along beli beberapa jenis
fm
I like....


Baru je balik
along beritahu dia akan keluar lagi
ke tempat lain pula...
dengan staf pejabatnya pulak...
Nak ikut boleh?(kihkihkih)

Dari Arab ke Bali


Pah berhajat sangat nak ajak makan-makan
makan nasi Arab.
Mama pun termasuk dalam senarai
TQ Pah....


Hasil dari perantaraan Nun
akhirnya 
21.9.2012 kami berangkat
walaupun tanpa bos.


Sayangnya...
bila tiba di sana,kedai tutup
hari jumaat...lupalah pulak.


Tukar haluan...
dari Arab ke Balilah pulak
(Jombali)


Trangg tang tang....
tanpa diduga kami terserempak
dengan kak ani yang sedang
menjamu selera dengan keluarganya.


Walaupun kami tak dapat makan
nasi arab
tapi nasi goreng pilihan Pah
ummmp best juga dengan 2 ekor udang yang besar.


Terima Kasih banyak-banyak Pah.
Moga kita berpeluang keluar
bersama-sama lagi
TQVM...

Thursday, September 27, 2012

selesai sudah


18.9.2012
6.46 waktu tempatan
bas mula bergerak meninggalkan hotel.


kami akan berlepas meninggalkan Hanoi
dan tidak sabar
untuk bertemu orang tersayang


kami merancang nak bersarapan
di awan biru
tapi....kecundanglah pulak
kerana bekalan @ jualan dah habis.


Jadi...
Bila tiba di LCCT
kami mengisi perut dulu
sebelum mengambil teksi
untuk pulang.


gua


Semasa kami belayar di Halong Bay
Kami juga singgah di jeti untuk
ke gua Dong Thien Cung


Pada mulanya mama berbelah bagi
nak ikut atau kekal di atas bot
kerana menurut pemandu pelancong kami
kami perlu mendaki lebih kurang
200 anak tangga.


Alamak boleh ke ni?
tapi...
 takkan nak mengalah sebelum berjuang
alang-alang sampai gi jelah



Gua batu kapur ni ada banyak
betapa indahnya ciptaan tuhan


Terdapat pelbagai bentuk
yang menyerupai pelbagai objek

Kegelapan gua dihiasi oleh
lampu yang berwarna warni
menambahkan keindahannya


Alhamdulillah
walaupun peluh membasahi tubuh
tapi mama berjaya menempuhnya


kerana
ada ahli yang sama seusia mama
yang dapat meredakan
ada adik-adik dan anak-anak
yang bertenaga memberi motivasi

             
Akhirnya...
berjaya keluar dari gua
dan...terlihat ada gerai-gerai souvenir


tapi...
kali ini mama tak tergoda...
terasa nak cepat-cepat belayar semula...
bye...

Tuesday, September 25, 2012

Hari ke-3: belayar


Selepas sarapan
kami punggah pula beg ke bas


Kami akan dibawa Halong Bay
 yang terletak di wilayah Quang Ninh. 



Sesi bermula...
bismillahhirahmanirahim...


terkenang-kenang
teringat-ingat
pada siapa?
pada Kuala Besut....

Menaiki cruise di sepanjang teluk ini
amatttt mama suka
merupakan satu pengalaman yang indah 
sambil menyaksikan keindahan 
panorama


teluk ini memaparkan beribu 
formasi batu kapur, gua-gua dan pulau-pulau yang indah.


Pelbagai rupa bentuk yang unik ini 
terhasil akibat perubahan keadaan dan 
persekitaran sepanjang 500 juta tahun. 
belajar geografilah pulak...
maklumlah gi dengan cikgu geografi...


Ada yang berkata  Ha Long Bay berarti “teluk tempat turunnya naga”. 
Menurut legenda,
 ketika Vietnam tengah berperang dengan Cina, 
sekeluarga naga turun ke bumi dan membantu orang Vietnam. 


apa pun lagendanya...
yang penting mama suka akan
keindahan dan ketenangan di sini



dan yang tak boleh miss
ialah posing
almaklum nak jadikan bahan bukti



Ni pulak aksi
model tali
bercita-cita nak jadi nahkoda



model-model jugak
tapi membeli tetap tak lupa
walaupun di tengah teluk yang indah


Pada tengah hari
kami makan di atas cruise
masakan laut...


 bestnya...
makan sambil dibelai pawana
menghirup udara yang bersih


sebelum tiba di daratan
kami solat dulu
di atas cruise


dan akhirnya kami meninggalkan Halong
dan menuju semula ke Hanoi


Kami dibawa ke perkampungan sutera
tapi sekali lagi terkecewa
bila yang dihajati tak terbeli
mahal weiiii....yelah 100% sutera