Sunday, July 22, 2012

Daging Goreng Kunyit


  • daging  
  •  garam dan serbuk kunyit 
  • minyak masak
  • bawang putih 1 biji dimayang
  • bawang besar dimayang bulat
  • lada merah/cili hijau 1 biji  dihiris serong

Cara-cara

  1. hiris daging 
  2. gaul hirisan daging dengan garam dan kunyit
  3. masukkan daging  ke dalam kuali
  4. masak daging tanpa minyak untuk mengeringkan air daging 
  5. apabila air daging kering, masukkan minyak masak dan goreng seperti biasa
  6. masukkan  bawang putih yang dimayam tadi. goreng hingga layu.
  7. kemudian, masukkan hirisan bawang besar dan lada. gaul rata 
  8. goreng sehingga semuanya garing 


pindah rumah 
kongsi rumah




berdikari

mama mengaku
 memang dah lama mama tak jenguk
apatah lagi untuk membelai



'mereka' terbiar kurang kasih sayang
nasib baik jenis tahan lasak
pasu sekecil ni masih dapat meneruskan hidup


haaa yang ni
dari sekenik...dah jadi cam ni
kesihan...kesihan..
hingga tumbang
berat dan besar tak mampu
menampung

yang ini lagi tak sangka
tiba-tiba dah begini

abah yang beritahu
kalau tidak mungkin mama masih belum perasan.
dah berbunga rupanya...
berbungalah sayang
berbungalah dengan lebat...
(baru nak sayang-sayang)

Saturday, July 21, 2012

Jeruk Nanas


Mama dapat resepi ini dari Arwah Tok Bat
Semasa Arwah Tok Bat ada
dia suka buat jerut nanas
best...

Bahan-bahannya:
Nanas dipotong kecil
A.
Nisan(gula melaka)
Belacan
Asam jawa
Cuka
Garam
Cili kering yang ditumbuk

Cara-caranya:
Semua bahan A di masak hingga betul-betul pekat/likat
Sejukkan
Masukkan nanas
Boleh disejukkan dalam peti sejuk.


pindah rumah
kongsi rumah

Menu sebelum Ramadan

Sarapan terakhir bersama-sama
Tok Mi dan
adik-adik sebelum puasa
Kami dihidangkan dengan menu utamanya....
nasi berlauk...
sedap....

Selain nasi berlauk
Teh juga hidangkan roti canai
menimbun...


Ada 2 jenis martabak
ada martabak raja...
ini pasti import dari KB


Hah! yang ini martabak dari Cheras
Ini ayah chik yang 'kibar'

ada cik mek...
lama tak makan
juga...maknanya dah lama tak buat


kuih keria pun ada...
tapi tak sempat makan
kerana...
tak termakan...
banyak sangat.


ada cakoi..
dengar-dengar su nor nak makan
kebetulan ada yang bawa...

Yang ni susah nak buat
tambah lagi ...bila jadi sate
nasib baik teh dah buang lidinya
kalau tidak kantoi mama buat 
tepi jalan

yang ini memang hasil tangan
betul2 dihasilkan oleh su nor...
sedappp

sebenarnya bila tiap kali berkumpul
beginilah kami...
seronok


untuk Teh dan Ayah Teh
terima kasih daun keladi...

Lawa


Bahan-bahan :

A.

2 ekor ikan tamban beluru/selayang

2-3 biji limau nipis

B. 

daun kesum 

kacang panjang  

Timun

bawang merah

1 cili padi /cili hidup


Cara-cara

  1. Ambil isi ikan dan dipotong halus-halus
  2. Dipotong nipis semua B
  3. Perahkan limau nipis dalam pada isi ikan hingga isi ikan menjadi putih
  4. Tos- buang air.
  5.  Masukkan sedikit garam dan bahan B
  6. Boleh dimakan dengan nasi
Dulu ketika arwah Mak Aji sihat
(masa mama kanak-kanak dan remaja)
dia selalu buat lawa
Mak Aji memang pakar
Tapi setelah mak aji uzur dan meninggal
mama dah tak makan lawa lagi
hinggalah pada Hari Keluarga Sallij hari tu
Cik Su yang buat
Teringat mama pada arwah
Al-Fatihah


pindah rumah
kongsi rumah

putih berseri

15.7.2012 ....
hari minggu

kami menuju ke Gurney Heights
milik pasangan bahagia
dinda D & Na
Kami dijemput bersarapan
sempena naik rumah baru
dan menyambut puasa


Bila kaki melangkah masuk
mata terpikat
putih berseri....putih bersih

susun aturnya menarik
moden 
cita rasa  akitek

sesuai...
kerana anak-anak dah besar



ada nostalgia
jadi hiasan


beranda...
minum-minum


tradisi


pemandangan yang menyejukkan


dan mendamaikan


Friday, July 20, 2012

Ikan Singgan




Ikan singgan sebenarnya
...mudah untuk dibuat 
...bahannya pun mudah diperoleh
...malah bagus untuk kesihatan kerana tiada lemak....


Bahan-bahannya ialah

A. Ikan tongkol
     Asam keping
     Garam

B.  Bawang merah
      Bawang putih
      Lengkuas
      Kunyit hidup

C.  Cili hidup/cili api

Cara-cara:
1. Bahan B dihiris nipis-nipis
2. Masukkan bahan B bersama bahan A
3. Masukkan air
4. Masak – sebelum diangkat masukkan cili sebentar
5.Sedia untuk dimakan

 Selain ikan tonggkol ikan kembong dan ikan nyok-nyok juga
sedap dibuat singgan.

pindah rumah
kongsi rumah

ziarah...

Hari minggu
selepas bersarapan di rumah Ayah Teh
Tok Mi ajak ke rumah Tok Cik
Mama ok je...
kerana memang berhajat nak ziarah Tok Cik
bila baca statusnya di fb
Tok Cik tulis...
 Dukacita hampir 4 bulan rawatan di SDMC 
untuk indolent nodes tidak berjaya. 
Bahkan nodes baru pula keluar dileher. 
Nodes yang banyak pada mula -mula kena dulu 
tidak menimbulkan masalah lagi.
 Hari ini admitted di HUKM Specialist Center 
untuk ambil sample node di leher,
 ambil sample sum-sum buat kajian seterusnya. 
Semalam dua di sana, kemudian turun ke Haemato Ward
 untuk beberapa kajian lagi sebelum rawatan dimulakan.
 Dengan kehandak Allah, 
panas dileher tidak ada lagi 
setelah mendapat bantuan Pak Cik Ipoh. 
Alhamdulillah, I retain my cheerfulself and amat reda 
dengan pemberiaan/ujianNya. 

 mama baca...
tapi tak mampu untuk komen apa-apa
terlalu berat

sejak itu mama mencari ruang
untuk ziarah Tok Cik
tapi tak sempat-sempat
hinggalah hari ni...



Odw nak ke rumah Tok cik
Tok Mi menyuarakan kerinduannya pada rumah di Besut
dan dia beritahu dia mimpi
ada ramai orang di rumah
masak-masak
tok mi membayangkan ada pekara
yang kurang baik akan berlaku
Ketika kami sampai Tok Yam,Tok Cik dan 
mama long na serta keluarga dah ada...
Setelah berborak-borak
Tok Cik Ipoh membuat rawatan tradisional

Semoga dapat membantu Tok Cik
kerana kita perlu terus berikhtiar
jangan mengaku kalah
kerana Allah maha berkuasa

Selepas rawatan itu
Tok Cik kelihatan sedikit letih
dia baring
dan mama nampak gerak bibirnya
dia beritahu Tok Mi

 
Dia mimpi jumpa arwah Mak Aji
mama nampak dia menahan sebak
mama pun...
Tapi mama tetap mendoakan
moga Tok Cik kembali sihat
dan di bawah lindunganNya


Ketika mama dah merancang nak balik
Chik sampai...
kami sambung borak
dan Tok Mi ikut Chik
balik ke Cheras.