Wednesday, July 11, 2012

2020



2020 - cepat ingat
inilah bilik kerja kami
sejak 1 Julai hingga 11 Julai

Ini pula ruang kerja kami yang telah kami ubah suai
jadi macam bilik darjah
---kelas dewasa
tapi yang penting - selesa


Inilah hamba 
yang setia menjalankan tugas
hah! tidur?
tak..tak...betullll....tak tidur
mata hamba memang macam tu...
hihihi


Ini dinda W1001
dinda Rosni...yang sentiasa mama tersasul
panggil Mazni....nasib baik tak panggil Maz...


Yang merah menyala ni W1002
nama manjanya nora...
bukan penyanyi tapi GC
yang rajin memasak...
teringin sangat nak rasa air tangannya...

 
W1003 milik wajah ini
Haris nama diberi...
betul....Haris
tapi bukan Haris Fanawi...yang mama
pernah tersalah hantar mesej tu...


Ini Kak Nun...seusia mama
tapi panggil Kak Nun juga kerana dia dah terkenal dengan nama itu
Dia pemegang  W1004


W1005 ialah Man
tapi dia tak lama bersama-sama kami
kerana ada panggilan kecemasan
dia terpaksa pulang...


Ni pula Azmah (W1006)
Dari Sekolah Aminuddin Baki
begitu berbudi...
ada saja darinya...


Tinggal seorang wakil lelaki (W1007) apabila Man pulang
macam-macam dia buat
tulis buku,jual buku
dan .....(???!!!)
berebut-rebut kami borong


W1008 diambil oleh Zue
apabila tiba-tiba Liza tak dapat datang
...kira macam bidan terjunlah...


Mah pula gantikan tempat Shahida(W1009)
yang terpaksa menarik diri
kerana ibunya tidak sihat
Mah baru dalam kumpulan kami tapi dulu
kumpulan Melaka.


Bib pula memenuhkan bilangan seperti kumpulan lain.
mengenapkan menjadi W1010


Jadi...inilah kami 
penghuni 2020 tanpa 2 orang jejaka
dari 8.00 pagi hingga 10.30 malam


Walaupun kami berkerja keras...
tapi...kami tak sempat rasa lapar...
ada saja...

                                    

Sebenarnya selain dari di sini
dalam bilik kerja pun ada macam-macam
yang kami bawa...
Sebenarnya...
bukan nak makan sangat
tapi...nak hilangkan penat...
hilangkan ngantuk...



dan dapatlah bertukar cerita
memupuk kemesraan...
miss u all...


Tuesday, July 10, 2012

mistik





Sejak mama di sini,macam-macam yang didengar.
Bayangkan sejak 26 Jun hingga 10 Julai....
kami berkampung di sini.





Tapi ini bukan kali pertama,
Setiap tahun kami berkurung.
Malah dah 9 tahun
bukan sekali,tapi ...2 kali setahun
Iaitu pada bulan Julai dan November.
Biasanya mama akan menginap seorang sebilik


kurusnya mama-hihihi


Kami berkurung di merata tempat....
juga sering dengar cerita yang hampir sama
tapi...tidak seperti kali ini...seram




Beberapa hari berada di sini
big bos memulakan cerita
tak boleh tidur...terdengar macam orang mengemas bilik
terdengar pintu diketuk
masa ni mama ok je...
alah....mungkin pekerja hotel yang mengemas.
(selepas itu ada lagi mengalami nasib yang sama)


Beberapa hari lepas tu En. Kam pula memberitahu
Semasa tidur-tidur ayam dia terasa badannya ditolak
kami usik-usik...mungkin tempat 'dia' tidur
ooo...bilik En.Kam tingkat 19
emmm sama dengan mama
dan sebenarnya selang beberapa bilik dari mama
(ada juga guru perempuan mengalami nasib yang sama)





2 hari lepas tu pula Tuan Haji J
memberitahu....dia tak pasti dia terlena atau tidak
dia nampak perempuan berada di hujung kakinya
merenungnya dengan wajah pucat dan mata merah
badannya semakin membesar dan membesar
dia menjerit dan wajah itu hilang




oh!oh!oh...bilik Tuan Haji juga di tingkat 19
setentang bilik En.Kam...
oh no!!!
dan mama juga dengar macam-macam
dari anak buah...
ada yang biasa-biasa
ada yang sedikit luar biasa
dan ada yang...serammmmm
huhuhu....


mama sebenarnya bukanlah berani sangat
dan juga bukanlah penakut sangat : sedang-sedang je...
jadi, mama yang sedang-sedang ini mula tergugat psikologinya
huuuu....nasib baik ada teman yang 'sedang-sedang' juga
mohon untuk jadi roomate(hanya semasa tidur)
dalam diam....mama lega.



suatu hari suaminya datang...
jadi...mama tak de roomate malam tu...
lalu...mama pun merentas kesesakan - balik ke rumah
tak tertidur keseorangan....walaupun hati berkata-kata
 ye ke?....




Sunday, July 8, 2012

jamah perut



Kandungan Kak Alzalia dah masuk 7 bulan...
Memang mama merancang sekembali dari Mekah
kami nak buat doa selamat kecil-kecil.
Nak panggil bidan untuk 'jamah perut'.

Jadi sekembali dari sana mama merisik-risik
dari 'adik-adik' di sekolah...
tanya cara kerana dah lama tinggalkan arena itu...
kilang dah lama tutup...tambah pulak ini cucu sulong.

Memang benar sekarang dah tak de lenggang perut...
Mama dulu pun hanya along je yang buat...
empat lagi hanya jamah  perut...betulkan kandungan.
Jadi bila abah bertanya, mama terus call bidan yang dicadangkan.


Mula-mula niatnya nak panggil bidan je
dan buat doa selamat di surau
kerana mama masih kurang tenaga - letih (kuang....kuang...kuang)
tapi abah cadangkan jemput Tok Mi dan adik-adik
makan ala kadar - beli je.


Oklah...
Lalu mama pun  gi ambil Tok Mi tapi Tok Mi tak larat
dia akan datang esok.
Odw nak ambil Tok Mi mama sms semua 5 beradik
Jemputan berbunyi:

Dijemput dinda sekeluarga bersarapan roti canai
pada pukul 9.30 pagi esok di TKP...


Balik dari sana mama kukuslah sikit pulut kuning/nasi kunyit
hihihi yang ni konon-konon untuk hiasan
nak raikan ulangtahun perkahwinan 2 pasang yang jatuh pada bulan Jun.


Tapi....hihihi
tak sempat nak hias....bidan dah sampai
tak sempat nak ucap kerana keadaan yang agak sibuk(ewah)
kerana tika tetamu sampai....tuan rumah masih dijamah perutnya
kahkahkah...
Tapi biarpun  terlewat tapi nak ucap juga

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN BUAT
Haris &Dik Nor
Hafiz &Alzalia

yang menyambut pada tarikh yang sama
semoga bahagia berpanjangan dan di bawah rahmatNya
Amin.

Saturday, July 7, 2012

shy!!!

waduh malunya....
eiiii camna ni....
ummmm   malu...

Kisahnya...
pagi ni 07:53,Jul 7 tika mama di bilik kerja
mama terima mesej dari 'abah' berbunyi....
Sorry,u've got the wrong number.
Haaaaah
Apa ni? london lagi....

Mama tengok mesej yang mama hantar
 pukul 22:54.Jul 6
"tak leh balik...takut dan mengantuk
....marilah esokkan tak kerja."
Abah tak balas mesej mama tapi abah call

Sehari sebelum tu pun abah call tapi mama masih di bilik kerja
tak lehlah nak borak-borak
kan mama kena jadi contoh....hihihi
Bila balik ke bilik dah dekat pukul 12,00 malam
tentu abah dah tidur
lalu mama hantar mesej
pada 00.24,Jul 6

Hahaha....mama tulis ringkas
tapi dari sudut hati
love u....miss u (kahkahkah-jangan gelak)
Esoknya abah tak balas ....
sibuk kot....






















tapi bila terima mesej pagi ni mama panik
nama abah...tapi kenapa dia kata salah nombor
mama tanya teman-teman
mereka selidik....
hah!!!! ada 2 nombor....
no sapa yang satu lagi ni....
heeeee ngeri dan malu....
nasib baik dia beritahu...
mungkin dia bimbang mama akan melalut2
heeeeeee













Kalau dia tu lelaki ? hah....hah
kalau suami orang macam mana?
macam mana kalau isterinya baca...
tapi rasanya mesti orang ni pernah call mama
kalau tidak macam mana mama dapat nombor ni?
kawan mama?
oooooo malunya....
mudah-mudahan mama tak kenal huhuhuhu














misterinya....
tolongggggg.....
mama malu....




Monday, July 2, 2012

pizza

23.6.2012


Hari minggu lalu mama dan abah ke majlis perkahwinan
anak cikgu Syed dan Siti di Dewan Au2
Tahniah buat mereka



Pada malamnya kami ke rumah Chik
jenguk Tok Mi yang kurang sihat
dan berhajat nak ambil Tok Mi
tapi Tok Mi tak larat


Walaupun Chik balik lewat hari ni
tapi kami dijamu
dijamu dengan Pizza


Tapi yang lebih membanggakan mama
mama dilayan oleh si teruna
membantu umminya...


dan mungkin kerana keikhlasan dan kasih sayang si teruna mama rasa pizza malam tu lebih enak... terima kasih Aqi dan adik