Saturday, October 8, 2011

juadah ringkas makan malam


malam 6.10.11



Nasi minyak dan nasi putih(tiada dalam gambar-hihihi)


Kurma


Telur masin



serunding




Ayam goreng

Acar timun


sambal dan ikan goreng




Buah

Thursday, October 6, 2011

dengan teman2



Tarikh: 4.10.2011


Hari: Selasa


Tempat: JJ AU


Bilangan ahli: 6 orang

Agenda: Makan-makan

Wednesday, October 5, 2011

Tok Chik





Sejak akhir-akhir ini Tok Chik kurang sihat

Masa terakhir mama jumpa dia


semasa mama beraya ke rumahnya.





Tetapi semasa ayah ngah adakan jamuan hari raya


abah beritahu tok chik kelihatan lebih uzur.


Tika itu mama tidak ikut serta kerana


sekolah mama ada hari keluarga.


Hari minggu baru ni tok mi ajak mama ke rumah tok chik


mama kata lain kali kerana mama nak siapkan kerja sekolah

tapi...pada petangnya mama dapat panggilan


beritahu tok cik di HUKM


mama diburu rasa bersalah

Esoknya mama ke hospital

Rupanya tok cik dah seminggu di sana


cuma tidak maklumkan kepada kami


Setelah disahkan barah


barulah dia menghubungi tok mi





Sebenarnya sudah lama tok cik


ada

kencing manis,darah tinggi,jantung ,paru-paru dan lain-lain


cuma hari ini tambah satu lagi


Mama doakan moga


tok cik tabah menghadapinya dan cepat sembuh.


Amin...


3.10.11-perjalanan





Mama balik pukul 2.00 hari ni...
Hari ni tak de taklimat pengetua kerana
pengetua ada mesyuarat
Balik dari sekolah mama terus ambil Inn
untuk ke Melaka

Kami singgah di Hentian Seremban
kerana Inn lapar ...
Makanan di sini tidak menepati selera mama

Ketika mama tiba di asrama adik
banyak barang yang dah adik kumpulkan di satu tempat
rupanya dah pindah ke asrama baru

Setelah semua barang dipunggah
kami meneruskan perjalanan...

Kami singgah di Bangi
untuk makan ayam penyet


Menunggu ayam penyet di Bangi

Selepas Tol Sungai Besi
jalan mula sesak hingga ke Keramat
husss

Sunday, October 2, 2011

Hari Minggu Dengan Tok Mi

2.10.11

Pagi-pagi lagi mama keluar dengan Tok Mi
keluar sarapan di kedai mak wan
tok mi suka makan di sini

Menu kami hari ni
nasi berlauk...seorang sepinggan
nasi kerabu(buat tambah)-sepinggan je
pulut manis
dan teh tarik....
amatlah kenyang

Balik dari sana mama singgah beli nasi lemak
untuk along dan izzat
tok mi kata:
sian dia makan nasi lemak je...
hihihi mungkin tok mi ingat nasi lemak kelas kedua....
sedangkan itu kesukaan mereka
hihihi

Tok Mi rehat kejap sambil baca mingguan malaysia
mama kemas rumah sikit2 sambil siapkan
kerja sekolah....
minggu ni mesti siap(niat suci tuuuu)


Tengah hari kami ke JJ
Tok Mi nak 'cuci muka'....hihihi
Lebih 1 jam 30 minit mama menunggu
mama berpindah dari satu kerusi ke satu kerusi
hihihi...sambil-sambil snap tak tentu pasal


Selepas selesai kami turun makan
kedai baru buka....
sedang kami makan
kami didatangi seseorang
bekas pelajar mama


Dah siap makan...
masa nak bayar..
casher tu tanya
cikgu ke?
mama terpinga-pinga -tapi masih mengiyakan
dia kata...murid cikgu dah bayar
bila mama toleh Farah anguk sambil tersenyum
Terima kasih Farah....terharu gitu

Balik rumah Su Nor bertiga dah ada
Izzat dah keluar...
puteri makin cerdik...
terhibur ...

Tapi tika bersalaman
Chik telefon...
Tok Cik di HUKM
Kami berpakat akan ke sana lepas magrib
Tapi...
Chik telefon lagi...
Malam tak leh masuk...
mama call tok cik
suaranya lemah...
moga dia cepat sembuh.....amin

Macgyver




Masa mama nak ke majlis kahwin
mama terima panggilan telefon
dari along
ada masalah yang perlu diselesaikan
dia dah cuba
ayah wawa dah tolong tapi tak berjaya

Syahmi dengar masa mama bercakap
dengan along
dia dah beri idea...
ala-ala macgyver
hihihi pengaruh tv...


Bila mama dah sampai rumah
along telefon lagi
tanya hujan tak?
bimbang dibawa air...
hihihi along...along...
nasib baik macgyver balik awal
dengan skill memujuk yang ada pada mama
macgyver terus menjalankan tugas
walaupun keletihan kerana baru balik

2 hanger mama menjadi mangsa
dan akhirnya....
tralala....berhasil...




Saturday, October 1, 2011

Jumpa

1.10.11 : Sabtu
Pagi ini mama mulakan dengan mengambil Amir di Hentian Putera
Dia datang untuk menduduki peperiksaan sekolah agama
Seperti permintaan ayah kie dan auntie ja
mama hantar dia ke rumah temannya di Setiawangsa
untuk memudahkan dia mengulang kaji dan ke sekolah


Setelah menghantar Amir mama terus ke Cheras
rumah ayah cik-tempat berkumpul
sebelum pergi kenduri menyambut menantu
anak sepupu mama
yang datang dari Kuala Terengganu

Rupanya tempat tu dekat je dengan
rumah ayah cik
jadi kami sampai agak awal

Di majlis itu dapatlah mama jumpa
saudara yang sudah lama tidak berjumpa
malah pengantin ini walaupun anak sepupu mama
tapi mama tak pernah kenal pun...

maklumlah masing-masing berhijrah
tambah lagi dia dibesarkan di KT...
syukur kali ni kami dapat berkenalan

Semasa balik ayah cik bawa ronda-ronda kawasan
kawasan yang mama dan tok mi pernah sesat
dan ayah cik tunjukkan pejabat pak cik...

Balik dari Cheras ,mama dan tok mi tertidur -keletihan
dan petangnya kami keluar makan...

dari fb



Mama dapat gambar dan info ni dari fb
mama teringat arwah tok ayah
Arwah tok ayah ajar mama sejak kecil
sejak arwah tinggal di Kg.Bunga
maknanya sejak mama masih kanak-kanak
pesanan dan ajarannya itu masih
terpahat kemas dan menjadi amalan mama.
Arwah juga berpesan supaya memotong kuku
pada hari Jumaat...
Terima kasih tok ayah...

Ini juga mama dapat dari fb
teringat zaman sekolah dulu
dan menyedari betapa indahnya kalimat itu
bersama-sama maksud yang begitu bermakna.
Ya Allah...Allah yang Maha Agong....
Mama inginkan semua itu...
moga dimakbulkanNya...amin