Thursday, November 27, 2014

ex 5 Cerdas

10.8.14

anak2 ini agak rapat dengan mama
hampir setiap tahun mereka datang beraya
tahun ni mereka call lagi
mulanya mama agak keberatan
 kerana rumah masih berselerak

tapi akhirnya...oklah
tapi ala kadar jelah ye
beraya kat luar je ye
kerusi meja belum angkat ke dalam
ok...ok...ok....
 
mama suka sangat...
rasa baruberpisah dengan mereka
rasa baru je melayan kerenah mereka di kelas
rasa terlalu segar dalam ingatan

walaupun sebenarnya ramai di antara mereka
 dah habis belajar
dah kerja pun
dan ada yang dah kahwin pun
masa bersalam dengan seorang gadis
 tangan mama dihulur sesuatu
dan terdengar suara halus di hujung telinga
cik gu duit raya untuk cik gu..
mama cuba menolak(malulah kan)
.ini gaji pertama saya
biasa cikgu bagi untuk saya
kali ni saya bagi untuk cik gu
rasa sebak berbau bahagia hinggap di hati
bukan nilai ringgit jadi ukuran
tapi ingatannya pada guru tua ini
tq dear
 




No comments: