dah 21 tahun anak mama
pejam celik pejam celik
adik dah tinggi dari mama
dah besar sangat
menjelang hari jadi adik ni
mama nak adik tahu antara doa mama saban waktu
pejam celik pejam celik
adik dah tinggi dari mama
dah besar sangat
menjelang hari jadi adik ni
mama nak adik tahu antara doa mama saban waktu
Ya Allah Ya Tuhanku
yang maha pengampun dan penerima taubat
aku memohon agar kau ampunkan dosa anakku
dosa2 yang lalu dan yang akan datang
dosa yang kecil dan dosa yang besar
juga dosa yang tersembunyi dan yang jelas
dan dosa2 yang Engkau lebih mengetahui
terimalah taubatnya dengan taubat nasuha
Ya Allah yang maha berkuasa
berikanlah dia petunjukMu
tunjukkan dia langkah yang baik dan benar
mudahkan jalannya
kuatkanlah imannya Ya Allah
agar dia mengerjakan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu
dan menjadi anak yang soleh
dan menjadi anak yang soleh
Ya Allah yang maha penyayang
kau berikanlah kesihatan yang baik padanya
tapi...jika hari ini dia sedang sakit
mohon angkatkanlah penyakitnya ya Allah
berikanlah kesembuhan untuknya
kerana engkaulah yang maha menyembuhkan
Ya Allah yang maha pengasih
Kau tenangkanlah hatinya
Kau tenangkanlah hatinya
tapi...jika hari ini dia buntu
kau lapangkanlah hatinya
kau permudahkanlah urusannya
kau lancarkanlah lisannya
dan tambahkan kepadanya ilmu yang berguna
Ya Allah yang maha agong
Kau bahagiakanlah dia
Tapi...jika hari ini hatinya gundah gulana
susah dan sedih menerima ujianMu
ku mohon padaMu
kuatkan dia ...agar dapat bertahan dan bersabar
dan hiburkanlah dia dengan kurniaanMu
kerana janjiMu tak pernah kau engkari
setelah kesusahan ada kemudahan
Ya Allah yang maha pekasa
Lindungilah dia dari duka dan susah
daripada lemah dan malas
daripada takut dan bakhir
daripada angkuh dan sombong
serta daripada hutang dan penindasan
Kau makbulkan doaku
kerana hanya padaMu tempat aku memohon hajat
Amin
No comments:
Post a Comment