Wednesday, March 14, 2012

kedatangan...



14.3.2012
Keluarga dari Sarawak datang
kali pertama nak datang ke rumah.
Bila mula-mula dengar mereka nak datang
gelabah juga mama....
maklumlah abah tak de....



Nasib baik mama ni pintar(hihihihi)
Mama call auntie Ani....
tempah markoni goreng,cara berlauk & bingka ubi
semua makanan kesukaan mama
hahaha....sambil menyelam minum air



Mama juga minta angah tempah sate
esok mama ambil
mama pergi JJ beli keperluan...
bila tengok Ruby buat puding roti
terfikir nak buat sama...
ataupun puding trifle...
beli bahan-bahan



Tapi.... bila dah balik
kemas apa yang patut
siap-siap...
letih dan malas bertandang pulak
tak jadi buat...
kek gulung untuk puding jadi hidangan je



Kami ambil mereka di LRT Setiawangsa
seronok jumpa...
teringat budi baik mereka
ketika mama ke sana dulu
Mereka banyak membantu melicinkan urusan.
Terima kasih cikgu dan Am.

Asyik bercerita hingga mama lupa
nak ambil gambar bersama mereka
huhuhuhu
apalah mama ni...
Hobi pun boleh lupa



Jadi untuk menjadi bahan bukti,...
mama ambil je gambar saki baki ni




Pukul 9 lebih angah hantar mereka ke Subang Jaya
kerena esok mereka akan berangkat pulang
ke Sarawak....
Moga dapat jumpa lagi pada 2.6.2012 nanti
sempena majlis perkahwinan puteranya
di kampung mama...
bagai tak percaya.

2 comments:

kaktus said...

sapa yg nak kawin dgn orng kg raja2 ?
hihi

Unknown said...

anak cgu abdullah(bapa sdara alzalia)
dg org lalok